NIBONG TEBAL: Penganjuran program dan pengumuman peruntukan oleh kementerian mahupun menteri ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) bukanlah menjadi satu kesalahan, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata, isu penganjuran program dan pengumuman peruntukan itu pernah dibawa ke mahkamah sebelum ini, namun keputusan tidak memihak kepada pihak pembangkang yang mempertikaikannya.
"Ketika itu, mahkamah buat keputusan mereka (menteri) datang atas jawatan pimpinan kerajaan yang berdepan dengan masyarakat dan kebetulan ada PRK. Jadi ia bukanlah kesalahan.
"Saya datang ke sini (Sungai Bakap) malam ini pun selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk memberi ceramah, begitu juga rakan-rakan yang lain contohnya Fadhlina Sidek yang juga Menteri Pendidikan tetapi juga merupakan Ahli Parlimen di sini (Nibong Tebal)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri ceramah kelompok Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Bakap di Kampung Makau Suah, di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan seorang Ahli Parlimen pembangkang yang disiarkan sebuah portal pada Ahad yang mendakwa ramai menteri turun atas nama program anjuran kerajaan di Sungai Bakap dan bukannya aktiviti parti atau calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin.
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff mendakwa, itu antara luahan pengundi kepadanya memandangkan banyak program yang dianjurkan di Sungai Bakap melibatkan menteri dan kerajaan.
Joohari dicabar Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail sebagai calon Perikatan Nasional (PN), dalam pertembungan satu lawan satu pada PRK DUN Sungai Bakap, 6 Julai ini.
PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei akibat keradangan dalam perut.
Dalam pada itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya menaruh harapan agar bilangan jentera parti sama ada UMNO dan Barisan Nasional (BN), terus ditambah dan diperkukuh gerak kerja kempennya untuk memenangkan calon PH.
"Selaku ketua war room yang dilantik oleh Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini, saya kira antara perkara yang perlu diutamakan ialah gerakan rumah ke rumah, untuk buat penjelasan terhadap isu semasa.
"Ini termasuk mengenai penyasaran subsidi diesel dan masalah bekalan air, kerana itu isu utama di sini dan perlu diberi ulasan dari semasa ke semasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024
AHMAD: Ketika itu, mahkamah buat keputusan, menteri datang atas jawatan pimpinan kerajaan yang berdepan dengan masyarakat dan kebetulan ada PRK, jadi ia bukan satu kesalahan. - Gambar fail BERNAMA
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pertembungan pendapat AMK-Pemuda UMNO perkara biasa politik orang muda - Amirudin
Pertembungan pendapat antara Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda UMNO berhubung isu politik adalah perkara biasa selagi tidak terkeluar daripada asas kerjasama Kerajaan Perpaduan.
Pembangkang semakin dapat sokongan rakyat - Muhyiddin
Pembangkang semakin mendapat sokongan rakyat terutama orang Melayu berdasarkan situasi politik semasa ketika ini.
[KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional
Kerajaan Perpaduan bukan tidak melakukan yang terbaik, tetapi gagal dalam naratif mereka.
PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga
Menurut Nga, DAP komited dan berdedikasi untuk mengejar pencapaian politik dan mendapat kepercayaan rakyat sambil membuat persiapan bagi menghadapi PRU akan datang.
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
PRK Sungai Bakap: Kerajaan ambil kira pandangan semua pihak - Fahmi
Langkah dasar penyasaran subsidi diesel merupakan gambaran manifestasi rakyat yang disuarakan melalui PRK Sungai Bakap adalah antara perkara yang akan diteliti dalam 'bedah siasat PRK itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid
Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang semalam bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan khus
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
PRK Sungai Bakap: Isyarat rakyat tolak dasar PH-BN - Muhyiddin
Menurut Muhyiddin, Ia juga isyarat jelas penolakan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan PH-BN yang menyusah dan merimaskan rakyat.