GADGETS

Anker Malaysia umum penarikan semula 4 model powerbank

Amanz 29/06/2025 | 05:00 MYT
Model terlibat ialah A1257, A1647, A1681, dan A1689, dengan kebarangkalian masalah yang rendah tetapi tetap ditarik secara global sebagai langkah berjaga-jaga. -Amanz
Anker Malaysia mengumumkan penarikan semula empat model powerbank yang telah dipasarkan mereka sebelum ini, atas risiko bahaya.

Ringkasan AI
  • Anker Malaysia menarik semula empat model powerbank atas risiko keselamatan berkaitan sel bateri lithium-ion.
  • Model terlibat ialah A1257, A1647, A1681, dan A1689, dengan kebarangkalian masalah yang rendah tetapi tetap ditarik secara global sebagai langkah berjaga-jaga.
  • Pengguna boleh menyemak status produk di laman rasmi Anker Malaysia dan memohon gantian atau kad ganjaran jika terjejas.

Empat model berkenaan adalah:
Anker Power Bank (10K, 22.5W) — Model A1257
Anker Power Bank (20,000mAh, 22.5W, Built-In USB-C Cable) — Model A1647
Anker Zolo Power Bank (20K, 30W, Built-In USB-C and Lightning Cable) — Model A1681
Anker Zolo Power Bank (20K, 30W, Built-In USB-C Cable) — Model A1689
Anker memaklumkan pada awal tahun ini mereka telah mengimplementasi langkah keselamatan tambahan, sekali gus mengenal pasti masalah melibatkan sel bateri lithium-ion daripada salah satu pengeluar.
Anker mengatakan walaupun kebarangkalian ia bermasalah adalah rendah, namun sebagai langkah keselamatan, mereka melakukan proses penarikan semula produk berkenaan pada peringkat global.
Bagi anda yang menggunakan model terlibat, boleh melakukan semakan sama ada produk anda terjejas atau sebaliknya melalui halaman rasmi Anker Malaysia, dan seterusnya sekiranya terjejas boleh membuat permohonan gantian atau kad ganjaran untuk pembelian produk Anker lain. -Amanz
#Anker Malaysia #tarik balik empat model powerbank #risiko keselamatan #sel bateri lithium-ion