SHAH ALAM: Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa menghormati perubahan pendirian beberapa personaliti yang menarik diri daripada menyertai pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang diasaskannya.
Sebagai NGO bebas kata Annuar, pendukungnya perlu komited, istiqamah dan apa yang penting adalah reda serta ikhlas dalam berkhidmat.
"Saya faham mereka jujur menyokong usaha MN, cuma pada masa ini ada perkara lain yang mereka perlu pertimbangkan.
"Saya menerima dengan baik malah amat berterima kasih," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Isnin.
Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah sebelum ini mengumumkan menarik diri daripada menyertai MN atas faktor prinsip yang disifatkan tidak sesuai dengan dirinya.
Langkah sama turut diambil oleh pelakon, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abiddin yang memaklumkan keputusannya itu dalam satu hantaran dimuat naik di Instagramnya.
Annuar yang merupakan bekas Ahli Parlimen Ketereh turut menggesa agar perkara berkenaan tidak perlu dimomokkan.
"Datuk Jamal Abdillah sahabat baik saya. Kami berkomunikasi hampir setiap hari. Ummi Nazeera umpama anak saya sendiri. Keluarga kami seperti adik-beradik. Kerjaya mereka semua lebih penting," ujarnya.
Beliau juga mengakui MN akan melalui pelbagai cabaran sambil menyifatkan tohmahan dan fitnah merupakan asam garam dalam kehidupan.
"Yang penting kita jujur dan ikhlas. Mungkin saya juga ada kesilapannya dalam mengumumkan nama-nama ahli dewan tertinggi (ADT) terlalu awal. Kita manusia biasa, tentu ada kekurangannya.
"Masih ramai kumpulan industri kreatif dan seniman yang telah menyertai MN. Kita tetap menyediakan sekurang-kurangnya dua wakil dari industri kreatif dalam ADT. Biarlah penglibatan mereka diketahui bila tiba masa sesuai," jelasnya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon Dec 19 2022

Tan Sri Annuar Musa menghormati perubahan pendirian beberapa personaliti yang menarik diri daripada menyertai pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang diasaskannya. - Gambar SINAR HARIAN

Husam Musa dilantik Pengerusi SPNB baharu
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memaklumkan pelantikan Datuk Husam Musa sebagai Pengerusi SPNB yang baharu berkuat kuasa 22 Mac 2023.

EU bekalkan sejuta peluru dalam tempoh 12 bulan bagi Ukraine
Kesatuan Eropah (EU) akan membekalkan sejuta peluru artileri kepada Ukraine dalam masa 12 bulan. EU juga akan mempercepatkan pengeluaran peluru tersebut dengan kerjasama industri terbabit.

1,500 bubur lambuk air tangan Permaisuri Agong diagihkan
Tahun ini, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sekali lagi berkenan mencemar duli memasak resipi tradisi rakyat Pahang itu di pekarangan surau utama Istana Negara

Hong Kong kekal di kedudukan keempat Indeks Pusat Kewangan Sedunia
Hong Kong kekal di tangga keempat dalam ranking pusat kewangan antarabangsa, menurut Laporan Indeks Pusat Kewangan Sedunia.

Pegawai sukan ASEAN, persatuan bincang bida tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pegawai sukan ASEAN telah mengadakan perbincangan mengenai proses penyerahan bidaan bersama pada 2026 untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.

Peniaga didakwa tipu jual beli kereta
Seorang peniaga dalam talian mengaku tidak bersalah atas tuduhan memperdayakan tiga peniaga lain dalam urusan jual beli kereta berjumlah RM30,200, tahun lalu.

Pan Gon puji padang Stadium Sultan Ibrahim
Kim Pan Gon berkata, keadaan padang tersebut membolehkan anak buahnya melakukan permainan pantas, justeru beliau berterima kasih kepada JDT.

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM51.80 bilion daripada RM52.49 bilion pagi ini.

Amalan 'Little Napoleon' tak serius, tidak jejas penyampaian perkhidmatan - Cuepacs
'Little Napoleon' merujuk kepada penjawat awam bawahan yang berada di sesuatu kedudukan tetapi berlagak seolah-olah begitu berkuasa.

Mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 369 orang
50 mangsa yang ditempatkan di PPS SK Seri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

UMNO 'husnuzon' terhadap Muafakat Nasional - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu akan terus mengambil sikap 'husnuzon' (bersangka baik) terhadap Muafakat Nasional (MN).

Bekas menteri, Zuraida dan Mohd Redzuan dilantik Timbalan Presiden Muafakat Nasional
Dua bekas menteri, Datuk Zuraida Kamaruddin dan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dilantik sebagai Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN).

MN tidak akan didaftarkan sebagai parti politik - Annuar
Perkara tersebut tidak akan berlaku ekoran enggan melihat lebih banyak parti yang memecahbelahkan orang Melayu.

Annuar hormati keputusan personaliti tarik diri sertai MN
Kata Annuar, pendukungnya perlu komited, istiqamah dan reda serta ikhlas dalam berkhidmat.

Ummi Nazeera pula tarik diri daripada MN
Keputusan itu diambil selepas mengambil kira kegusaran ramai mengenai penglibatannya dalam dunia politik.

'Lebih baik saya neutral'- Jamal Abdillah tarik diri dari Muafakat Nasional
Penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah memaklumkan menarik diri dari menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muafakat Nasional (MN) atas faktor prinsip yang disifatkan tidak sesuai dengan dirinya.

Noh Omar, Zuraida, Jamal Abdillah, Ridhuan Tee antara 30 Ahli Dewan Tertinggi MN
Pakar Perlembagaan, Prof Madya Shamrahayu A Aziz turut disenaraikan, umum Tan Sri Annuar Musa.

Annuar dedah Zuraida sertai Muafakat Nasional
Pemimpin Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Zuraida Kamaruddin dilaporkan telah menyertai Muafakat Nasional (MN).

'Muafakat Nasional terima lebih 10,000 ahli selepas beberapa jam dibuka' - Annuar
Muafakat Nasional (MN) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Annuar Musa didakwa menerima lebih 10,000 permohonan keahlian selepas dibuka sejak beberapa jam lalu.

Muafakat Nasional buka permohonan ahli baharu - Annuar
Annuar menjelaskan permohonan itu sepatutnya dibuka minggu hadapan, namun atas permintaan ramai ia dibuat lebih awal.