MALAYSIA

Annuar Musa beri bayangan Pakatan Harapan mungkin 'berakhir'

Afiq Ariffin 23/02/2020 | 14:18 MYT
Annuar Musa mendakwa Pakatan Harapan sudah berakhir. - Gambar Astro AWANI
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa memberi bayangan kepada sekumpulan wartawan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mungkin akan ‘berakhir’.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di luar perkarangan dewan sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya pada Ahad.

Berikut petikan wawancara wartawan dengan beliau:

Wartawan: “Adakah Pakatan Harapan (PH) telah berakhir?”

Annuar: “Saya rasa begitu. Kita sudah ada angka.”

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Terdahulu, Annuar dipetik sebagi berkata, Majlis Tertinggi UMNO telah memberi mandat kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menyokong pemimpin parti lain.

Beberapa pemimpin UMNO dilaporkan bergegas keluar dari Ibu Pejabat UMNO sejurus selesai Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Selain itu, media turut dimaklumkan oleh sumber daripada salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk bergerak ke Hotel Sheraton, Petaling Jaya untuk perkembangan lanjut malam ini.


#Annuar Musa #hotel #kerajaan #majlis tertinggi #Media #Pakatan Harapan #Petaling Jaya #politik #presiden #Tan Sri Annuar Musa #Twitter #UMNO