Annuar Musa buka peluang kepada rakyat beri pendapat dalam memperkasa KKMM

Faris Danial Razi
September 1, 2021 11:38 MYT
Ahli Parlimen Ketereh itu sebelum ini menekankan bahawa akses kepada kemudahan internet dianggap sebagai hak asasi manusia selain daripada keperluan asas seperti pakaian, makanan dan tempat berteduh. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Tan Sri Annuar Musa hari ini membuka ruang kepada rakyat untuk mengemukakan pendapat dan penambahbaikan yang boleh diketengahkan oleh kementerian yang baharu diterajui beliau itu.
Dalam satu kenyataan menerusi Twitter, beliau memaklumkan, orang ramai boleh berkongsikan harapan yang ingin dikecapi dalam kementerian tersebut di ruangan komen.
Selain itu, Annuar menjelaskan minggu pertama di bawah kepimpinannya juga akan dipenuhi dengan taklimat oleh jabatan dan agensi di KKMM.
Beliau berharap dapat memahami sepenuhnya kemajuan yang telah dicapai oleh KKMM terutama dalam menangani isu jurang digital dan peluasan teknologi 5G.

My first week will be full of briefings by departments & agencies within KKMM. I look forward to fully understand the progress KKMM has made especially in tackling Digital Divide, 5G Deployment, connecting the "under-connected" and see how we can accelerate and make them better.

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) September 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Selain itu, kami akan cuba menghubungkan jaringan internet yang lemah dan melihat bagaimana dapat mempercepat dan menjadikannya lebih baik,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Ahli Parlimen Ketereh itu sebelum ini menekankan bahawa akses kepada kemudahan internet dianggap sebagai hak asasi manusia selain daripada keperluan asas seperti pakaian, makanan dan tempat berteduh.
Beliau berkata, akses Internet merupakan satu perkara keutamaan yang akan beliau beri perhatian ketika menerajui KKMM.
#Annuar Musa #Kementerian Komunikasi dan Multimedia #KKMM #Internet