Annuar Musa kini beransur pulih

Bernama
April 2, 2017 07:13 MYT
Annuar dimasukkan ke HUSM selepas mengadu pening, sakit dada dan muntah-muntah pada 6.15 pagi semalam. Astro AWANI
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa yang dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini semalam, kini dilaporkan beransur pulih.
Menurut abangnya, Abdul Sattar Musa, Annuar, 61, yang juga Anggota Parlimen Ketereh, masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Koronari (CCU) HUSM, telah menunjukkan perkembangan positif.
"Keadaan Annuar kini beransur pulih dan doktor menasihatkannya supaya banyak berehat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Annuar dimasukkan ke HUSM selepas mengadu pening, sakit dada dan muntah-muntah pada 6.15 pagi semalam.
Abdul Sattar memohon kepada orang ramai supaya tidak melawat adiknya buat masa ini supaya Annuar dapat berehat secukupnya.
-- BERNAMA
#Annuar Musa #beransur pulih #Hospital