MALAYSIA
Anthony Loke akui sistem Kejara gagal, akan dirombak besar-besaran
Loke berkata, tidak efektif kerana mata demerit hanya akan dipotong ke atas pemegang lesen memandu selepas bayaran kompaun dibuat.
SHAH ALAM: Sistem Kesalahan Jalan Raya (Kejara) akan dirombak secara besar-besaran kerana gagal menghukum pesalah trafik secara berkesan.
Ringkasan AI
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ia tidak efektif kerana mata demerit hanya akan dipotong ke atas pemegang lesen memandu selepas bayaran kompaun dibuat, dan tiada perubahan selagi ia belum dibayar.
“Memang Kejara ini kita perlu rombak besar-besaran, ia tidak efektif sekarang. Saya mengakui, sistem Kejara ini gagal sebab pendekatannya tidak betul. Kita akan teruskan tapi akan ada rombakan.
“Kita mahu pastikan kuat kuasa itu berlaku lebih cepat dan konsisten agar pemandu yang buat kesalahan benar-benar dikenakan tindakan tanpa penangguhan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir taklimat penggunaan pengehad kelajuan bagi kenderaan perdagangan di Scania (Malaysia) Sdn Bhd, Bukit Jelutong, di sini, pada Jumaat.
Sistem Kejara diperkenalkan pada 2017 sebagai sebahagian daripada Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya melalui pengesanan penalti terhadap pesalah trafik berulang.
Menerusi sistem ini, pemandu yang mengumpul terlalu banyak mata demerit berisiko digantung atau dibatalkan lesen memandu mereka.
Ringkasan AI
- Sistem Kejara akan dirombak besar-besaran kerana gagal menghukum pesalah trafik secara berkesan, dengan tindakan hanya diambil selepas bayaran kompaun dibuat.
- Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyatakan rombakan bertujuan memastikan penguatkuasaan lebih cepat dan konsisten terhadap pesalah trafik.
- Kejara, yang diperkenalkan pada 2017 sebagai sebahagian daripada sistem Awas, bertujuan mengurangkan kemalangan melalui pemotongan mata demerit yang boleh menyebabkan lesen digantung atau dibatalkan.