KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook hari ini memberi peringatan kepada pemimpin DAP di semua peringkat agar tidak menimbulkan sebarang polemik dalam kalangan masyarakat.
Beliau berkata DAP sebagai antara parti yang membentuk kerajaan Persekutuan harus bertindak serta memainkan peranan sebagai sebuah parti kerajaan untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan rakyat.
"Kita (DAP) adalah sebahagian daripada kerajaan. Peranan kerajaan adalah menyelesaikan masalah dan bukannya menimbulkan masalah.
"Bagi saya kalau mana-mana pemimpin atau pihak yang menimbulkan apa-apa polemik dalam masyarakat, terutamanya (kerana) kita tahu persekitaran dan juga sentimen politik dalam negara kita, (tindakan ini) adalah tidak produktif langsung yang tidak akan kemana-mana," katanya pada sidang media Konvensyen Tahunan Negeri DAP Wilayah Persekutuan 2022 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr P.Ramasamy yang meminta kerajaan melaksanakan reformasi dalam sektor perkhidmatan awam kerana menurutnya ia kini didominasi orang Melayu.
Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata tiba masanya untuk akar umbi serta pemimpin parti itu untuk melakukan perubahan cara berfikir selain terus mempertahankan budaya politik parti itu yang sentiasa memahami rakyat serta menjaga sikap dan pendekatan supaya tidak berubah menjadi angkuh dan sombong.
Ditanya sama ada tindakan akan diambil terhadap Ramasamy, Loke berkata DAP akan menggunakan saluran serta pendekatannya yang tersendiri dalam menangani isu itu.
"Apa-apa pandangan daripada rakan-rakan, saya mengucapkan terima kasih tetapi kami ada cara kami untuk menguruskannya," katanya.
Selain itu, Loke berkata DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diberikan cabaran supaya memainkan peranan aktif untuk memperkukuh lagi jentera dan organisasi parti dengan menambah keahlian daripada golongan muda.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 12 2023
"Kita (DAP) adalah sebahagian daripada kerajaan. Peranan kerajaan adalah menyelesaikan masalah dan bukannya menimbulkan masalah." - Anthony Loke
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
MOT tubuh jawatan kuasa koordinasi, kerah aset bantu misi banjir - Loke
Kementerian Pengangkutan menubuhkan jawatan kuasa petugas khas bagi mengkoordinasikan misi bantuan banjir terutama di Pantai Timur.
MRL diminta periksa kawasan banjir jika disebabkan pembinaan ECRL - Loke
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) diminta segera memeriksa kawasan banjir khususnya di Pantai Timur sekiranya bencana itu disebabkan pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Petugas AeroDarat didakwa kasari penumpang NTL di KLIA digantung tugas
Tindakan itu bagi memberi laluan kepada ADS untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu.
Insiden renjatan elektrik: Penggunaan semua soket elektrik tiga pin dalam bas dihentikan - MOT
APAD menghentikan penggunaan semua soket elektrik tiga pin dalam bas susulan kematian seorang remaja berumur 18 tahun maut akibat renjatan elektrik.
Pendawaian elektrik bas ekspres tak teratur punca remaja maut akibat renjatan elektrik
Pendawaian elektrik pada bas yang tidak teratur dan dilakukan oleh pihak tidak mendapat tauliah daripada Suruhanjaya Tenaga antara punca insiden renjatan elektrik dalam sebuah bas ekspres.
Syarikat pengendali bakal berdepan penggantungan lesen operasi - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan ini akan diambil jika syarikat itu didapati tidak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.
LRT Pulau Pinang: Rundingan dengan kontraktor dalam fasa akhir - Loke
Rundingan dengan pihak kontraktor bagi projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, Pulau Pinang kini dalam peringkat akhir.