awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anugerah Akademik Negara pengiktirafan tertinggi untuk para sarjana

Bernama
Bernama
24/03/2022
20:30 MYT
Anugerah Akademik Negara pengiktirafan tertinggi untuk para sarjana
Anugerah Akademik Negara (AAN) diadakan bagi memberi pengiktirafan tertinggi kepada para sarjana yang terkedepan di institusi pendidikan tinggi (IPT) tempatan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad. - Gambar fail/BERNAMA
SEPANG: Anugerah Akademik Negara (AAN) diadakan bagi memberi pengiktirafan tertinggi kepada para sarjana yang terkedepan di institusi pendidikan tinggi (IPT) tempatan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Beliau berkata AAN diberikan sebagai menghargai sumbangan ahli akademik yang menunjukkan pencapaian baik dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP), penemuan ilmu baharu, penerbitan ilmiah dan perkongsian di media massa, penciptaan rekaan kreatif serta pemindahan dan pengembangan ilmu untuk komuniti dan masyarakat merentas benua.
Pada majlis AAN disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini pada Khamis, Noraini berkata AAN adalah penganugerahan berprestij membuktikan komitmen Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk terus membangunkan barisan pensyarah dan pengajar yang cemerlang.
Tokoh akademik negara tahun ini dianugerahkan kepada Prof Emerita Datuk Dr Asma Ismail dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Prof Datin Paduka Dr Khatijah Mohamad Yusoff dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
Sejak diperkenalkan pada 2006, sebanyak 86 orang telah dinobatkan anugerah AAN.
Antara tokoh tersohor adalah Allahyarham Prof Diraja Dr Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid, mendiang Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dan Prof Emeritus Tan Sri Dr Zakri Abdul Hamid.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anugerah Akademik Negara
#AAN
#Sarjana
#pengajaran dan pembelajaran
#Menteri Pengajian Tinggi
#noraini ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan