MALAYSIA
Anwar adakan lawatan rasmi pertama ke Perancis mulai 3 Julai
Seusai lawatan ke Perancis, Anwar akan meneruskan lawatan kerja ke Brazil bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS dari 5 hingga 7 Julai. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Perancis bermula hari ini atas jemputan Presiden Emmanuel Macron.
Ringkasan AI
Ia merupakan lawatan sulung Anwar ke Perancis sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Menurut kenyataan Kementerian Luar, beliau akan diraikan dalam Majlis Sambutan Rasmi di Hôtel des Invalides pada 4 Julai, sebelum mengadakan pertemuan empat mata dengan Macron, diikuti mesyuarat delegasi di Istana Élysée.
"Pertemuan ini akan memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk membincangkan status semasa hubungan dua hala serta meneroka kerjasama baharu dalam pelbagai bidang, termasuk perdagangan, pelaburan, pertahanan, pendidikan, pelancongan, dan kesalinghubungan antara rakyat.
"Kedua-dua pemimpin juga akan bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa berkepentingan bersama, termasuk Hubungan Rakan Pembangunan ASEAN-Perancis, Hubungan Dialog ASEAN-Kesatuan Eropah dan situasi di Asia Barat," kata Kementerian Luar pada Khamis.
Selain itu, Perdana Menteri akan menyertai sesi meja bulat bersama pemimpin industri utama Perancis bagi mempromosikan peluang pelaburan di Malaysia.
Beliau turut dijadual menyampaikan syarahan umum di Universiti Sorbonne, bertemu Rektor Masjid Besar Paris, serta berinteraksi dengan warga diaspora Malaysia di negara itu.
Lawatan ini turut disertai Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz; serta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Perancis merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan
Eropah dan juga sumber utama pelaburan langsung asing dalam teknologi tinggi dan sektor strategik.
Pada 2024, jumlah perdagangan dua hala mencecah RM15.95 bilion (AS$3.63 bilion), manakala bagi tempoh Januari hingga Mei 2025, jumlah perdagangan direkodkan sebanyak RM6.26 bilion (AS$1.49 bilion).
Seusai lawatan ke Perancis, Anwar akan meneruskan lawatan kerja ke Brazil bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS dari 5 hingga 7 Julai.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi dua hari ke Perancis atas jemputan Presiden Emmanuel Macron, termasuk pertemuan empat mata dan mesyuarat delegasi di Istana lyse.
- Perbincangan meliputi kerjasama dalam perdagangan, pelaburan, pertahanan, pendidikan dan isu serantau seperti ASEANEU dan Asia Barat; Anwar juga akan menyertai sesi meja bulat industri dan menyampaikan syarahan di Universiti Sorbonne.
- Perancis ialah rakan dagang keempat terbesar Malaysia dalam EU dengan nilai perdagangan RM15.95 bilion pada 2024; lawatan ini disusuli penyertaan Anwar dalam Sidang Kemuncak BRICS di Brazil mulai 5 Julai.