SARA 2025: Semakan Kelayakan Dibuka – RM100 Dikredit Terus ke MyKad
MALAYSIA

Anwar ajak rakyat sertai Himpunan Solidariti Palestin di Dataran Merdeka Ahad ini

Bernama 22/08/2025 | 15:45 MYT
Anwar berkata perhimpunan itu bukan sahaja simbol sokongan kepada saudara di Palestin yang terus dizalimi rejim Zionis, malah akan menjadi titik mula gerakan delegasi aktivis yang bakal membawa bantuan ke Gaza hujung bulan ini. - Gambar CGM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama menghadiri Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza di Dataran Merdeka pada Ahad ini sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Beliau berkata perhimpunan itu bukan sahaja simbol sokongan kepada saudara di Palestin yang terus dizalimi rejim Zionis, malah akan menjadi titik mula gerakan delegasi aktivis yang bakal membawa bantuan ke Gaza hujung bulan ini.

"Insya-Allah, Ahad ini akan bersama berhimpun di Dataran Merdeka bagi menyatakan solidariti buat saudara kita di Palestin yang terus dizalimi rejim Zionis.

Acara anjuran bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Cinta Gaza Malaysia (CGM) itu dinaungi Perdana Menteri serta disokong Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Menurut penganjur, lebih 100,000 peserta dari seluruh negara dijangka menghadiri perhimpunan itu dengan tema pakaian berwarna putih.

-- BERNAMA


#Dataran Merdeka #rejim Zionis #Gaza #tema pakaian