Anwar ajak rakyat sertai jamuan raya di Batang Kali hari ini

Bernama
April 11, 2024 21:45 MYT
Anwar berkata beliau juga akan menunaikan solat Jumaat bersama masyarakat setempat di masjid berkenaan. - Foto Facebook/Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai untuk menghadiri Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Masjid Bandar Utama Batang Kali, Hulu Selangor, pada jam 12 tengah hari, pada Jumaat.
Menerusi hantaran di Facebooknya, Anwar berkata beliau juga akan menunaikan solat Jumaat bersama masyarakat setempat di masjid berkenaan.
“Ayuh kita bersua dan merapatkan silaturahim antara satu sama lain dalam menyambut kemeriahan bulan Syawal ini,” katanya.
-- BERNAMA
#jamuan raya #Anwar Ibrahim #Solat Jumaat #silaturahim