MALAYSIA
Anwar akan tekan kepentingan multilateralisme, orde dunia inklusif pada Sidang Kemuncak BRICS
Menerusi ucapannya, Anwar akan menekankan kepentingan multilateralisme melalui dialog membina dan kerjasama inklusif, kerana Malaysia yakin platform seperti BRICS memainkan peranan penting dalam membantu masyarakat antarabangsa. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menekankan tentang kepentingan multilateralisme di tengah-tengah peningkatan polarisasi landskap global serta komitmen Malaysia terhadap orde dunia yang lebih seimbang dan inklusif pada Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS di Rio de Janeiro, Brazil.
Pemangku Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Brasilia Datuk Mohammad Ali Selamat berkata Perdana Menteri akan menyampaikan Kenyataan Negara bertajuk:"Memperkukuh Multilateralisme, Ekonomi-Kewangan dan Kecerdasan Buatan (AI)," semasa sesi Negara Rakan BRICS di sidang kemuncak itu pada Ahad ini.
Pada Isnin pula Perdana Menteri akan menyampaikan satu lagi Kenyataan Negara bertajuk "Alam Sekitar, COP30 dan Kesihatan Global" pada sidang kemuncak yang bertemakan 'Memperkukuh Kerjasama Selatan Global untuk Tadbir Urus Lebih Inklusif dan Mampan' itu.
Bercakap kepada media Malaysia menerusi sidang akhbar secara maya dari Brasilia, Mohammad Ali berkata kedua-dua intervensi itu mencerminkan komitmen teguh Malaysia untuk mengukuhkan multilateralisme dan mengangkat suara dan kepentingan negara membangun, sejajar dengan objektif teras BRICS 2025.
Anwar, yang kini sedang dalam rangka lawatan ke tiga negara - Itali, Perancis dan Brazil dijangka tiba di Rio de Janeiro pagi ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 yang berlangsung dari 6 hingga 7 Julai, selepas lawatan rasminya ke Perancis, yang berakhir pada Jumaat.
Ini merupakan lawatan kedua beliau ke Brazil, selepas menghadiri Sidang Kemuncak G20 sebagai negara yang dijemput pada tahun lepas. Kedua-dua lawatan itu adalah atas jemputan Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva.
"Menerusi ucapannya Perdana Menteri akan menekankan kepentingan multilateralisme melalui dialog membina dan kerjasama inklusif, kerana Malaysia yakin platform seperti BRICS memainkan peranan penting dalam membantu masyarakat antarabangsa, khususnya negara-negara membangun di Selatan Global menangani cabaran yang merencatkan pembangunan mampan, pertumbuhan saksama dan kestabilan global.
"Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN, menggalakkan kerjasama serantau melalui transformasi digital, tadbir urus Kecerdasan Buatan (AI) dan perdagangan yang lebih inklusif," katanya.
Sementara itu pada sesi kedua, Perdana Menteri akan memberi tumpuan kepada cabaran menangani isu kesihatan global dan perubahan iklim melalui kerjasama antarabangsa, di samping turut menekankan usaha memperkukuh pembiayaan iklim ke arah peralihan yang mampan.
Selaku Pengerusi ASEAN 2025, Mohammad Ali berkata Malaysia juga komited untuk mengukuhkan hubungan antara kedua-dua kumpulan bagi meningkatkan kerjasama ekonomi serantau untuk membina ekonomi global yang lebih inklusif, saksama dan mampan semasa sidang kemuncak tersebut.
Penyertaan Malaysia dalam sidang kemuncak adalah atas kapasitinya sebagai Negara Rakan BRICS dan selaku Pengerusi ASEAN 2025. Malaysia secara rasmi menjadi Negara Rakan BRICS pada 1 Jan tahun ini.
Kumpulan BRICS - yang berfungsi sebagai forum penyelarasan politik dan diplomatik bagi negara di Selatan Global dan untuk kerjasama merentas pelbagai sektor - pada awalnya dianggotai Brazil, Rusia, India dan China.
Perkumpulan itu kemudiannya berkembang dengan kemasukan Afrika Selatan pada 2011, diikuti Mesir, Ethiopia, Iran, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 2023, dan Indonesia pada 2024.
Malaysia, serta Belarus, Bolivia, Kazakhstan, Cuba, Nigeria, Thailand, Vietnam, Uganda dan Uzbekistan, telah diterima sebagai Negara Rakan BRICS.
Sementara itu, semasa lawatan ke Rio de Janeiro, Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadualkan untuk mengadakan mesyuarat perniagaan dengan syarikat aeroangkasa multinasional Brazil, Embraer.
Delegasi Perdana Menteri diiringi Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir serta para pegawai kanan kerajaan dan syarikat Malaysia.
Mohammad Ali berkata perdagangan dua hala antara Malaysia dan Brazil meningkat sebanyak 14.6 peratus kepada RM20.35 bilion (US$4.38 bilion) pada 2024, daripada RM17.43 bilion pada tahun sebelumnya, mengekalkan Brazil sebagai salah satu rakan dagang utama Malaysia di Amerika Latin.
Antara eksport Malaysia ke Brazil ialah produk elektrik dan elektronik (E&E), produk getah, produk petroleum, kimia dan produk kimia dan produk perkilangan berasaskan minyak sawit, manakala import dari negara Amerika Selatan itu termasuk bijih logam dan sisa logam, daging, kopi; dan petroleum mentah.
“Brazil merupakan antara pasaran utama bagi produk EE serta getah kita, manakala kita mengimport daging halal dan gula mentah dari Brazil yang menyumbang kepada keterjaminan makanan Malaysia.
“Sektor minyak dan gas (OG) merupakan pelaburan terbesar Malaysia menerusi Petronas, manakala kita juga akan mengadakan perbincangan melibatkan semikonduktor, jaminan makanan dan tenaga hijau dari semasa ke semasa,” katanya.
Rio de Janeiro merupakan bandar tepi laut terbesar di Brazil yang terkenal dengan pantai ikoniknya seperti Copacabana dan Ipanema, patung Christ the Redeemer setinggi 38 meter di atas Gunung Corcovado, dan Gunung Sugarloaf boleh dikunjungi dengan kereta kabel.
-- BERNAMA