awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
40,000 al-Quran dihantar ke Amerika Syarikat, Ivory Coast dan Ghana hari ini
Bank Islam lantik Raja Teh Maimunah sebagai CEO kumpulan
Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa perairan Pacitan, tujuh cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar bertanding jawatan presiden PKR - Saifuddin Nasution

Teoh El Sen
Teoh El Sen
14/02/2014
04:48 MYT
Anwar bertanding jawatan presiden PKR - Saifuddin Nasution
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan Ketua Umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding kerusi presiden dalam pemilihan parti akan datang, tindakan yang dilihat untuk memberikan jawatan rasmi kepada pemimpin de facto parti itu.
Menurut laporan The Malaysian Insider, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail telah mengesahkan perkara itu.
Kerusi terbabit kini disandang isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah.
“Ya, Anwar akan bertanding jawatan itu (presiden),” Saifuddin dipetik berkata.
Dalam satu wawancara berasingan dengan sebuah lagi laman portal Anwar berkata isterinya itu ingin berehat dan memberikan lebih tumpuan kepada cucu dan mengurangkan aktiviti politik.
Sebelum ini timbul spekulasi yang timbalan presiden PKR, Mohamad Azmin Ali akan bertanding jawatan itu, namun pemerhati politik menjangkakan Anwar akan bertanding bagi jawatan nombor satu itu dan Azmin dilihat akan kekal di kerusinya.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti PKR, Datuk Johari Abdul sebelum ini mengumumkan tarikh pencalonan bagi jawatankuasa pusat PKR akan diadakan pada 29 Mac. Di peringkat cabang, pencalonan akan dibuat mengikut zon bermula 4 sehingga 13 April.
Keputusan rasmi pemilihan akan diumumkan pada 13 Mei selepas pembuangan undi daripada 25 April hingga 11 Mac ini.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Azizah
#PKR
#Saifuddin Nasution
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan