MALAYSIA
Anwar, Erdogan sepakat bela Palestin
Anwar menjelaskan bahawa kedua-dua pemimpin bersetuju dunia masih memilih untuk membisu serta bersikap selektif terhadap isu Gaza. - Foto Facebook/Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau telah menerima panggilan telefon daripada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, pada Khamis.
Dalam perbualan tersebut, mereka membincangkan penderitaan rakyat Palestin yang masih berlarutan.
Anwar menjelaskan bahawa kedua-dua pemimpin bersetuju dunia masih memilih untuk membisu serta bersikap selektif terhadap isu Gaza.
Malaysia menyokong penuh pendirian Presiden Erdogan yang bertekad menggunakan segala saluran serta keupayaan yang ada untuk mempertahankan hak serta maruah rakyat Palestin.
Beliau turut memaklumkan bahawa perbualan itu menyentuh lawatan rasmi Erdogan ke Malaysia baru-baru ini, yang disifatkannya sebagai antara yang paling berjaya dan bermakna dalam sejarah hubungan diplomatik negara.
Anwar menegaskan bahawa kunjungan tersebut bukan hanya melibatkan pertukaran protokol, sebaliknya turut merangkumi rundingan yang substantif dan menjurus kepada kepentingan bersama antara kedua-dua negara.
Menurut beliau, lawatan itu mencerminkan keserasian nilai dan hala tuju kedua-dua negara yang sepakat dalam menjunjung prinsip keadilan, kedaulatan serta pembangunan umat sejagat.
Anwar menyatakan komitmen Malaysia untuk terus bekerjasama rapat dengan Turkiye, terutama dalam membentuk satu kesatuan strategik yang berupaya membawa suara umat ke pentas antarabangsa secara lebih berkesan.