Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal membatalkan saman pemula yang difailkan oleh peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berhubung pengampunan penuh yang diberikan kepada ketua pembangkang itu berkaitan sabitan dan juga hukuman penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir juga menolak permohonan sama oleh Lembaga Pengampunan.
Ketika menolak permohonan Anwar dan Lembaga Pengampunan itu, Akhtar berkata plaintif (Mohd Khairul Azam) mempunyai locus standi dalam memulakan saman itu kerana beliau adalah ahli masyarakat umum dan berkelayakan sebagai peguam selain ada isu-isu yang boleh dibicarakan yang perlu didengar sepenuhnya.
Beliau juga berkata Yang di-Pertuan Agong menjalankan kuasa eksekutif ketika membenarkan pengampunan kepada Anwar itu.
“Sekiranya Seri Paduka menjalankan kuasa eksekutif, mana mungkin baginda tidak boleh dibicarakan, ini bukan pengampunan diraja, ini pengampunan eksekutif kerana baginda menjalankan peranan sebagai eksekutif. Justeru, jika baginda menjalankan kuasa eksekutif, maka ada prosedur dan undang-undang yang membenarkan anda mempersoalkan kuasa eksekutif,” kata hakim.
Akhtar berkata kes itu bukan kes mudah yang boleh ditolak begitu sahaja dan saman yang difailkan adalah kaedah yang tepat bagi memulakan prosiding memandangkan ada bukti termasuk keterangan lisan mungkin perlu dikemukakan.
Menyentuh tentang kesaksamaan di sisi undang-undang, hakim berkata sekiranya ada alasan untuk mewajarkan pengampunan itu maka alasan-alasan tersebut perlu dinyatakan.
Beliau berkata ini kerana ada individu yang turut disabitkan atas kesalahan sama akan berasa berlaku ketidakadilan.
“Ini adalah isu sivil yang perlu dibuktikan berdasarkan keseimbangan kemungkinan. Saya menolak kedua-dua permohonan tanpa sebarang perintah mengenai kos,” katanya, dan menetapkan tarikh perbicaraan dari 24 hingga 26 Mac tahun depan dengan pengurusan kes pada 18 Feb tahun depan.
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla dan Datuk M Reza Hassan mewakili Mohd Khairul Azam manakala Anwar diwakili oleh peguam J. Leela, sementara Peguam Kanan Persekutuan Natra Idris mewakili Lembaga Pengampunan.
Ahli Parlimen Port Dickson itu memfailkan permohonan pada 13 Mei lalu, antara lain atas alasan Khairul Azam selaku plaintif tidak mempunyai locus standi atau kedudukan di sisi undang-undang untuk meneruskan tindakan saman tersebut, tuntutan saman plaintif remeh, mengaibkan serta suatu penyalahgunaan proses mahkamah.
Mohd Khairul Azam selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Raja Riza & Associates pada 26 Feb lepas dengan menamakan Lembaga Pengampunan dan Anwar selaku defendan pertama dan kedua.
Peguam itu mendakwa pengampunan penuh yang diberikan kepada Anwar bercanggah dengan Perkara 42(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan berikutan kuasa pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dilaksanakan atas nasihat Lembaga Pengampunan.
Dakwanya pada ketika itu Lembaga Pengampunan belum dibentuk dengan sempurna berikutan negara baru selesai menjalankan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei 2018 dan dalam proses membentuk kerajaan baharu.
Mohd Khairul Azam juga mendakwa susulan keputusan PRU itu, beberapa tindakan yang melanggar Perlembagaan Persekutuan telah diambil bagi membolehkan Anwar menerima pengampunan yang membebaskannya dari penjara.
Anwar dihukum penjara hingga lima tahun kerana meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan sabitan itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 21 2020

Ketika menolak permohonan Anwar dan Lembaga Pengampunan itu, Akhtar berkata plaintif (Mohd Khairul Azam) mempunyai locus standi dalam memulakan saman itu. - Gambar fail

Annuar Musa saran Zahid Hamidi pimpin UMNO hingga tamat penggal
Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk disarankan supaya berehat memimpin parti itu dengan rasa hormat.

AWANI Ringkas: Gesaan pembangkang kepada MKN | Amaran MetMalaysia di Sabah dan Sarawak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

Wanita didakwa pukul kucing bunting dengan besi hingga mati
Dia dituduh dengan kejam memukul seekor kucing betina berwarna jingga dan seekor anak kucing betina berwarna putih-kelabu dengan sebatang besi.

Baiki SOP, benarkan restoran beroperasi selepas 8 malam - Ahli Parlimen pembangkang
Ahli Parlimen pembangkang menggesa MKN untuk memperbaiki SOP tersebut kerana ia memberi kesan kepada para peniaga yang hanya bergantung kepada pendapatan harian mereka.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini berikutan pengukuhan dolar.

Bursa Malaysia susut awal pagi kerana kekurangan penyertaan peniaga
Bursa Malaysia mengambil petunjuk daripada kelemahan Wall Street pada penutupan Jumaat lepas.

Global | Alexei Navalny ditahan di Moscow
Pemimpin pembangkang Rusia ditahan langgar syarat hukuman penjara Pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny ditahan di Lapangan Terbang Moscow sebaik tiba dari Jerman pada Ahad. Pegawai Penjara Rusia memaklumkan penahanan itu adalah disebabkan pelanggaran syarat parol dan penangguhan hukuman penjara.

Banjir: Terengganu kini dalam tempoh 'bertenang'
Keadaan monsun telah bergerak ke Bornei iaitu Sabah dan Sarawak di mana kedua-dua negeri ini telah menerima hujan lebat ketika ini.

Keselamatan AS | Menjelang angkat sumpah Biden, kawalan diperketat
Menjelang angkat sumpah jawatan Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat. Ancaman kumpulan ekstremis yang dijangka melakukan demontrasi di bangunan-bangunan pentadbiran mendorong beberapa Gabenor mengerahkan kekuatan anggota keselamatan. Ini berlaku kurang dua minggu pasca rusuhan di bangunan Capitol Hill di Washington.

Tangguh Sekolah | Langkah wajar bendung COVID-19
Sementara itu, walaupun kecewa susulan penangguhan sesi persekolahan bagi sesi 2021, namun ada ibu bapa berpendapat ia langkah terbaik membendung wabak COVID-19. Mereka menyifatkan penangguhan jadual persekolahan sesuatu yang wajar dilakukan ketika wabak tersebut terus menunjukkan peningkatan kes ketika ini.

Anwar perlu lebih bertanggungjawab sentuh isu darurat - Azmin
Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya lebih bertanggungjawab apabila menyentuh mengenai darurat.

Heret kerajaan ke mahkamah, Anwar terus main politik, lupa agenda rakyat - Wan Saiful
Wan Saiful berkata, niat merampas kuasa masih diteruskan, berbanding menumpukan usaha bantu rakyat yang berdepan isu banjir dan COVID-19.

Anwar akan cabar proklamasi darurat di mahkamah
Anwar dalam masa yang sama menyifatkan keputusan mengisytiharkan darurat seperti tidak ada kaitan dengan usaha dan upaya negara melawan impak COVID-19.

Anwar dakwa kerajaan pimpinan Muhyiddin berada di lembah kegilaan
Kerajaan Perikatan Nasional tidak mampu memberi keyakinan dan menjanjikan masa depan yang lebih baik, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Batal darurat: Shahidan Kassim selar Anwar, anggap tidak wajar
Shahidan berkata, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah berkenan membuat keputusan mengisytiharkan darurat dan semua pihak perlu menerimanya terlebih dahulu.

Majlis Presiden PH bincang kerjasama Anwar, Tun M
Difahamkan isu kerjasama dengan Mahathir dibangkitkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada penghujung mesyuarat tersebut yang diadakan pada 11 Januari lalu.

UMNO harus ambil iktibar ketabahan Anwar masuk penjara - Bersatu Kepong
Pemimpin UMNO seharusnya belajar dan mengambil iktibar daripada ketabahan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bukan sahaja sanggup melalui proses perbicaraan dengan tabah, malah sedia dipenjarakan.

"Saya tidak menentang Anwar jadi Perdana Menteri" - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi penegasannya tidak menentang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerajui negara sebagai Perdana Menteri.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ahli Parlimen dicadang utus warkah kepada Agong mohon batal darurat - Anwar
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan telah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen bagi mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan Pengisytiharan Darurat