MALAYSIA

Anwar hadir beri keterangan dalam kes saman terhadap Anifah

Astro Awani 17/02/2015 | 04:28 MYT
Anwar kembali ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memberi keterangan berhubung saman fitnah yang difailkan terhadap Anifah. -Gambar fail
Seminggu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang itu kembali ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini untuk memberi keterangan berhubung saman fitnah yang difailkan terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Peguam Anwar, Latheefa Koya dipetik sebagai berkata dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider, bahawa suatu perintah telah diperoleh agar pihak penjara Sungai Buloh membawa Anwar ke mahkamah.
Ikuti lapor langsung kami di sini:
8:45 pagi: Pintu utama Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta dilihat masih kosong dengan beberapa anggota polis mengawal premis itu. Anwar Ibrahim masih belum tiba di mahkamah.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
8:55 pagi: Wartawan dan jurugambar perlahan-lahan memenuhi kompleks Mahkamah untuk menyaksikan prosiding. Pada masa ini, 24 kakitangan media dilihat berada di premis itu. Tiada tanda-tanda kehadiran penyokong Anwar di sekitar mahkamah.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
9:00 pagi: Anwar tiba di Mahkamah Tinggi dari penjara Sungai Buloh, Selangor. Beliau kelihatan gembira dapat berjumpa dan memeluk beberapa kenalan dan ahli keluarganya. Isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail menghantar gambar Anwar yang tersenyum walaupun agak lemah di Facebooknya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
9:25 pagi: Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali sempat berbual dengan Anwar. Mohamed Azmin kemudiannya dipetik sebagai berkata, 'semangatnya tinggi dan kuat, dia hanya mengadu tentang lokapnya yang ‘teruk.'
"Yang kita minta adalah barang-barang asas. Ini sedang diuruskan oleh pihak peguam supaya penjara dapat memberikan kemudahan-kemudahan asas.
"Beliau tiada kerusi dan meja dan beliau membaca buku di atas lantai. Beliau tidur pun di atas tilam satu inci," kata Mohamed Azmin kepada pemberita.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
10.15 pagi: Kalangan penyokong Anwar mula kelihatan di pekarangan kompleks mahkamah. Turut kelihatan 'Aunty Bersih' yang melaungkan kata-kata menyokong Anwar.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
10.50 pagi: Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah mula meninggalkan kawasan mahkamah.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
11.00 pagi: Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua ditemu bual media. Menurutnya Anwar tidak menerima layanan istimewa di dalam penjara.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Keadaan di dalam penjara bukan VVIP seperti yang diuar-uarkan oleh cybertrooper UMNO sebelum ini.
"Keadaan ‘cell’ kurang memuaskan. Terdapat banyak nyamuk dan pihak penjara tidak beri ‘spray’ nyamuk kerana ia mempunyai aerosol iaitu racun.
"Keadaan penjara tidak ada kerusi dan meja, Cuma ada tilam satu inci," kata Tian Chua kepada pemberita.
Tambah Tian Chua, Anwar tetap bersemangat tinggi.
"Kita yang di luar ini harus lebih bersemangat," tambahnya.
11.15 pagi: Keadaan bersurai dengan wakil media dan penyokong Anwar keluar dari pekarangan mahkamah.
#Anifah Aman #Anwar Ibrahim #Jalan Duta #Mahkamah Tinggi