MALAYSIA
Anwar harap konflik Pakistan-India capai penyelesaian damai
Anwar ketika menerima panggilan telefon daripada Shehbaz Sharif yang ketika ini sedang menunaikan ibadah haji. - Gambar/ FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan hasrat agar konflik di antara Pakistan dan India ketika ini mencapai penyelesaian damai demi kestabilan dan keamanan serantau.
Ringkasan AI
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata perkara itu disuarakan beliau ketika menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif yang kini menunaikan ibadah haji.
"Saya mendoakan agar beliau dikurniakan haji mabrur serta mengucapkan Eid Mubarak kepada seluruh rakyat Pakistan.
"Saya juga berharap agar lawatan rasmi PM Shehbaz ke Malaysia dapat dijadualkan semula apabila keadaan di negara beliau mengizinkan," katanya.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, Malaysia menantikan peluang untuk terus memperkukuh hubungan dua hala yang strategik dan saling menguntungkan.
"Saya turut menghargai ucapan tahniah yang disampaikan oleh PM Shehbaz atas kejayaan Malaysia menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN baru-baru ini," ujar Anwar.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan harapan agar konflik antara Pakistan dan India dapat diselesaikan secara damai demi kestabilan serantau.
- Beliau menyampaikan hasrat itu semasa menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, yang kini menunaikan ibadah haji.
- Anwar turut berharap lawatan rasmi PM Shehbaz ke Malaysia dapat dijadualkan semula dan menzahirkan komitmen untuk memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.