awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar harap penganjuran LIMA terus bawa kejayaan kepada negara

Bernama
Bernama
28/05/2023
06:20 MYT
Anwar harap penganjuran LIMA terus bawa kejayaan kepada negara
Anwar berharap acara dwitahunan itu kekal membawa pulangan berganda meliputi sektor ekonomi, perdagagangan, pertahanan dan keselamatan. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA '23) yang melabuhkan tirainya semalam akan terus membawa kejayaan kepada negara dalam penganjuran yang akan datang.
Beliau turut berharap acara dwitahunan itu kekal membawa pulangan berganda meliputi sektor ekonomi, perdagagangan, pertahanan dan keselamatan.
"Semestinya besar harapan agar LIMA '23 akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab serantau bagi industri aeroangkasa dan maritim sekali gus merealisasikan Rangka Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIB) dan Pelan Induk Perkapalan Malaysia," katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan ketika berucap pada majlis penutupan LIMA '23 semalam berkata perjanjian bernilai RM17.6 bilion telah ditandatangani pada LIMA '23 dengan RM10.1 bilion dalam 43 kontrak adalah berkaitan pertahanan.
LIMA '23 yang merupakan edisi ke-16 bertemakan "Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia" bermula Selasa lepas dan berakhir semalam. LIMA edisi seterusnya dijangka berlangsung pada Mei 2025.
Penganjuran tahun ini melibatkan dua kementerian iaitu Kementerian Pertahanan (sektor pertahanan) dan Kementerian Pengangkutan (sektor komersial).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LIMA'23
#Anwar Ibrahim
#Langkawi
#kejayaan kepada negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan