awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS susulan pengumuman pembayaran gaji bukan ladang
Ejen persekutuan AS tembak dua orang di Portland, polis seru orang ramai bertenang
Australia alami gelombang haba esktrem, Victoria berdepan risiko kebakaran 'bencana'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar hargai layanan ikhlas Erdogan sempena lawatan rasmi ke Turkiye

Bernama
Bernama
08/01/2026
01:00 MYT
Anwar hargai layanan ikhlas Erdogan sempena lawatan rasmi ke Turkiye
Anwar bersalaman dengan Erdogan selepas kenyataan bersama sempena lawatan rasmi Perdana Menteri ke Turkiye di Kompleks Presiden. - Foto BERNAMA
ANKARA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan atas layanan yang cukup luar biasa, penuh keikhlasan dan persaudaraan sempena lawatan rasmi beliau ke republik berkenaan.
Menerusi satu kenyataan, Anwar turut mendoakan agar Erdogan, Wanita Pertama Turkiye Emine Erdogan dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan serta kebijaksanaan dalam memimpin republik itu ke arah keamanan, kemakmuran dan keadilan yang berterusan, demi kesejahteraan rakyat serta dunia Islam seluruhnya.
Perdana Menteri dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama delegasi Malaysia turut berbesar hati kerana diraikan oleh Erdogan dan Emine dalam Majlis Makan Malam Rasmi yang berlangsung dengan penuh keindahan, kehangatan serta kemuliaan persahabatan di Kompleks Presiden di sini.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Turkiye atas jemputan Erdogan, yang bermula Selasa lepas, dan ia adalah sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara.
Jumlah perdagangan Malaysia dengan Turkiye dari Januari hingga November 2025 mencecah RM21.2 bilion (AS$4.92 bilion), dan republik itu terus menjadi rakan ekonomi penting negara.
Pada 2024, Turkiye merupakan rakan perdagangan ketiga terbesar Malaysia, destinasi eksport terbesar serta sumber import keempat terbesar dalam kalangan negara Asia Barat, dengan jumlah perdagangan bernilai RM24.15 bilion (AS$5.28 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Recep Tayyip Erdogan
#lawatan rasmi
#layanan luar biasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan