MALAYSIA
Anwar hubungi Shehbaz Sharif, nyata kebimbangan mengenai perkembangan sempadan Pakistan, Afghanistan
Kebimbangan terhadap perkembangan di sepanjang sempadan Afghanistan dan Pakistan disampaikan Anwar kepada Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dalam satu perbualan telefon tengah hari tadi. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kebimbangan terhadap perkembangan di sepanjang sempadan Afghanistan dan Pakistan, serta berharap penyelesaian secara aman dapat dicapai.
Ringkasan AI
Beliau berkata perkara itu dinyatakan kepada Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dalam satu perbualan telefon tengah hari tadi.
"Saya menyatakan kebimbangan Malaysia terhadap kestabilan rantau tersebut dan berharap agar semua pihak dapat mencari penyelesaian secara aman melalui dialog dan saluran diplomasi demi mengelakkan ketegangan yang berpanjangan," kata beliau menerusi hantaran di Facebook.
Menurut laporan media, ketegangan memuncak antara Afghanistan dan Pakistan selepas beberapa siri serangan berlaku di sempadan kedua-dua negara pada Oktober lepas.
Selain itu, Anwar berkata beliau turut bertukar pandangan mengenai beberapa perkara berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Pakistan.
"Saya turut berkongsi situasi semasa banjir yang melanda negara dan negara sahabat yang lain, iaitu Indonesia dan Thailand," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan di sempadan Afghanistan dan Pakistan, menyeru kepada penyelesaian aman melalui dialog dan diplomasi.
- Ketegangan di sempadan Afghanistan dan Pakistan meningkat selepas siri serangan pada Oktober lalu, menimbulkan kebimbangan keselamatan di rantau tersebut.
- Anwar turut membincangkan isu banjir di Malaysia serta menunjukkan sokongan kepada Indonesia dan Thailand dalam situasi yang sama.