awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar hulur sumbangan kepada Karam Singh Walia

Bernama
Bernama
07/08/2024
13:37 MYT
Anwar hulur sumbangan kepada Karam Singh Walia
Anwar berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya iaitu Ahmad Farhan Fauzi semalam yang mewakili beliau menziarahi Karam. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada tokoh wartawan alam sekitar Datuk Karam Singh Walia yang berdepan keadaan kesihatan membimbangkan selepas menghidap penyakit hati dan masalah buah pinggang.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, Anwar berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya iaitu Ahmad Farhan Fauzi semalam yang mewakili beliau menziarahi Karam, selain berkesempatan berbicara mengenai pengalaman bekas wartawan TV3 itu membongkar kebobrokan petualang memusnahkan alam sekitar.
Perdana Menteri berkata beliau turut dimaklumkan berhubung keadaan kesihatan Karam, 65, yang kini membimbangkan selepas menghidap penyakit tersebut.
"Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban kos perubatan yang ditanggung beliau.
"Saya mendoakan semoga saudara Karam Singh segera sembuh dan dapat mendidik anak-anak muda terkait kepentingan alam sekitar," kata beliau.
Karam, yang terkenal kerana sering menyelitkan pantun dan kiasan ketika menyampaikan laporan berita, pernah berkhidmat sebagai wartawan di Media Prima selama 20 tahun bermula 1995 sebelum mengambil keputusan untuk bersara pada 2014 kerana masalah kesihatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar hulur bantuan
#Karam Singh Walia
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#tokoh wartawan alam sekitar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan