[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
NATIONAL

Anwar Ibrahim menghadap Agong berhubung pelantikan Peguam Negara

Nursyazwani Saiful Sham 04/06/2018 | 15:02 MYT
Difahamkan Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong selepas selesai solat terawih dan kini masih berada di istana. - Gambar fail/BERNAMA
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mengesahkan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V malam ini berkenaan isu pelantikan Peguam Negara.
Kenyataan tersebut dikongsikan Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR, menerusi platform media sosial Twitter milik beliau pada Isnin.
Fahmi ketika dihubungi Astro AWANI berkata, Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong selepas selesai solat terawih dan kini masih berada di istana.
Ketika diminta mengulas lanjut, Fahmi berkata, "Buat masa ini, hanya ini yang boleh saya kongsikan."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, perkongsian tersebut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen yang memperosalkan mengapa Anwar Ibrahim yang mengadap Yang di-Pertuan Agong dan bukan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Fahmi turut membalas ringkas tweet yang mempersoalkan tentang pertemuan tersebut dengan menyatakan bahawa ia merupakan pertemuan wakil diplomatik oleh Anwar.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, Raja-Raja Melayu dijangka mengadakan perbincangan khas berkenaan jawatan Peguam Negara esok.
Pada Ahad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan berkata warkah persilaan untuk perbincangan khas di Istana Negara itu telah dikeluarkan pada 1 Jun kepada Raja-Raja Melayu.
Syed Danial berkata ketika ini kerajaan dan Istana Negara belum ada persetujuan mengenai pemberhentian perkhidmatan Peguam Negara yang ada sekarang serta calon penggantinya.
BACA: Isu Peguam Negara: Raja-Raja Melayu dijangka bersidang pada Selasa
Terdahulu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa Kerajaan pusat pimpinan Pakatan Harapan (PH) sedang berusaha menyelesaikan isu lantikan Peguam Negara yang baharu.
BACA: Isu lantikan Peguam Negara akan diselesai ikut Perlembagaan - Dr Mahathir
Pakatan Harapan dikatakan telah mencadangkan peguam veteran, Tommy Thomas sebagai calon Peguam Negara.
Menurut sumber, nama Tommy telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong minggu lalu.
Bagaimanapun, Mesyuarat Majlis Raja-Raja dikatakan menggesa nama diberikan untuk jawatan itu adalah daripada orang Muslim.
Reaksi pihak istana dan keputusan Raja-Raja Melayu dilihat seperti ada ‘ketegangan’ dalam menentukan individu yang sesuai menjawat jawatan tersebut.
#Anwar Ibrahim #Fahmi Fadzil #Mahathir Mohamad #Pakatan Harapan #PKR #Yang di-Pertuan Agong