NATIONAL

Anwar Ibrahim terima rawatan di HKL

Astro Awani 19/09/2017 | 11:22 MYT
Pada Mei tahun lalu, bekas Ketua Pembangkang itu pernah dikejarkan ke hospital atas sebab yang sama. - Gambar fail
Tekanan darah tidak stabil menjadi punca Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd Akin.

"Keadaan kesihatannya membuatkan beliau (Anwar) memerlukan pemantauan pihak doktor," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini hari ini.

Anwar, 70 tahun, difahamkan memerlukan fisio intensif akibat kecederaan lama di bahagian bahu beliau.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Mei tahun lalu, bekas Ketua Pembangkang itu pernah dikejarkan ke hospital atas sebab yang sama.

Kesihatan Anwar dilaporkan merosot sejak Julai 2015 dan barisan peguamnya pernah memohon supaya beliau ditempatkan sebagai tahanan rumah.
#Anwar Ibrahim #kesihatan #Parti Keadilan Rakyat #PKR #Shamsul Iskandar Mohd Akin