awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar kemuka usul bahas isu COVID-19, darurat di Dewan Rakyat

Astro Awani
Astro Awani
12/07/2021
12:45 MYT
Anwar kemuka usul bahas isu COVID-19, darurat di Dewan Rakyat
Anwar mendakwa keadaan ekonomi negara semakin parah sehingga pelbagai petunjuk menunjukkan Malaysia menuju ke arah negara gagal. - Foto Facebook/ Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan usul kepada Dewan Rakyat supaya Proklamasi Darurat serta ordinan-ordinannya tidak hanya dibentang, tetapi turut dibahas dalam sidang akan datang.
Menerusi pemberitahuan bersurat yang dikongsikan di media sosial beliau, Anwar turut mahu segala hal berkaitan pandemik COVID-19 termasuk program vaksinasi, perbelanjaan dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibahaskan.
"Hari ini saya telah menghantar suatu usul bagi memastikan sidang dewan akan datang mesti membahaskan Ordinan Darurat, situasi pandemik COVID-19, kadar vaksinasi, kadar ujian saringan serta perincian terkait perbelanjaan dan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan kerajaan.
"Usul ini dihantar bagi memastikan ruang perbahasan yang telus dan komprehensif akan berjalan dalam ruang lingkup demokrasi berparlimen serta lunas-lunas negara hukum (rule of law)," katanya menerusi perkongsian di Facebook.
Menurut pemberitahuan bersurat yang ditujukan kepada Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Maydin itu, Anwar mendakwa Proklamasi Darurat melalui Ordinan-Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 gagal mencapai maksud utamanya iaitu melandaikan keluk jangkitan COVID-19.
Selain itu, Anwar mendakwa keadaan ekonomi negara semakin parah sehingga pelbagai petunjuk menunjukkan Malaysia menuju ke arah negara gagal.
Tambah Anwar, keadaan ekonomi rakyat terus meruncing dan jurang kaya dan miskin semakin melebar sehingga wujudnya kumpulan B60.
Sumber Facebook anwaribrahim.keadilan
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Dewan Rakyat
#pembangkang
#COVID-19
#pandemik
#ujian saringan
#jangkitan
#usul Dewan Rakyat
#usul
#ekonomi
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan