awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran berlaku di lokasi persidangan WEF semasa Trump berada dalam bangunan
[TERKINI] Isteri ketiga bekas PTD mengaku tidak bersalah terima wang haram RM77,000
[TERKINI] Bekas PTD mengaku tidak bersalah tuduhan rasuah RM2.12 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar kemuka usul bahas isu 'Pandora Papers' di Dewan Rakyat

Astro Awani
Astro Awani
04/10/2021
12:53 MYT
Anwar kemuka usul bahas isu 'Pandora Papers' di Dewan Rakyat
Anwar menggesa agar Dewan Rakyat untuk segera membahaskan isu mendesak ini kerana ia telah menyebut beberapa nama besar dalam negara. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghantar usul di Dewan Rakyat susulan pendedahan Pandora Papers awal pagi tadi.
Dalam satu kenyataan, Anwar berkata usul yang dihantar ke Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun itu dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Saya menggesa agar Dewan Rakyat untuk segera membahaskan isu mendesak ini kerana ia telah menyebut beberapa nama besar dalam negara.
"Saya percaya perkara ini juga adalah berkenaan kepentingan orang ramai kerana ia turut menyebut nama-nama tokoh politik kerajaan dan juga pembangkang," katanya dalam satu kenyataan di media sosial.
Justeru, Ahli Parlimen Port Dickson itu memohon supaya usul tersebut dipertimbang dan dilulus untuk dibahaskan.
Media hari ini memetik laporan Pandora Papers yang mendedahkan ratusan pemimpin dunia, ahli politik, hartawan, selebriti, pemimpin agama dan pengedar dadah dilapor menyembunyikan wang, pelaburan mereka dalam hartanah, kapal persiaran, aset lain dan pengelakan pembayaran cukai, sepanjang 25 tahun lalu. Ini didedahkan menerusi 12 juta fail yang dimiliki 14 firma di serata dunia.
Menurut pendedahan itu, dua individu daripada Malaysia didakwa antara 336 ahli politik yang memiliki akaun luar pesisir dan terdapat 118 syarikat luar pesisir dengan pemilik berasal dari Malaysia.
Sumber Facebook anwaribrahimofficial
Topic Berkaitan
#Pandora Papers
#usul Dewan Rakyat
#Anwar Ibrahim
#akaun luar pesisir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan