MALAYSIA
Anwar, kerajaan berjaya batal nama dalam semakan kehakiman taksiran cukai Mukhriz
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan hari ini berjaya mengeluarkan nama mereka dalam permohonan semakan kehakiman oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk mencabar tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengeluarkan Notis Taksiran Tambahan terhadapnya membabitkan lebih RM5 juta.
Ringkasan AI
- Nama Anwar Ibrahim dan kerajaan dikeluarkan daripada semakan kehakiman oleh Mukhriz Mahathir berhubung Notis Taksiran Tambahan LHDN melebihi RM5 juta, selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan mereka.
- Mahkamah tetap mengekalkan beberapa kenyataan Mukhriz dalam afidavit yang menyentuh Anwar dan kerajaan, walaupun permohonan untuk memadamnya ditolak.
- Mukhriz mendakwa wujud salah guna kuasa, memohon perintah mahkamah untuk membatalkan notis cukai tambahan dan penalti terhadapnya serta menuntut pengisytiharan tindakan itu tidak sah.
Mahkamah menetapkan 16 Dis depan untuk mendengar permohonan semakan kehakiman berkenaan.
Pada 2 Jan lepas, Hakim Amarjeet memberi kebenaran kepada Mukhriz untuk memulakan prosiding semakan kehakiman selepas mendapati terdapat isu yang boleh dibicarakan dalam kes tersebut.
Terdahulu, Peguam Kanan Persekutuan Nur Irmawatie Daud yang mewakili kedua-dua responden berkata Notis Taksiran Tambahan itu dikeluarkan oleh responden pertama (Ketua Pegawai Eksekutif atau Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri) dan bukan responden kedua dan ketiga (Anwar dan Kerajaan).
"Permohonan semakan kehakiman itu mengaibkan, remeh dan penyalahgunaan proses mahkamah," katanya.
Peguam Syed Afiq Syed Albakri yang mewakili Mukhriz pula berkata responden kedua telah mempengaruhi responden pertama untuk membuat keputusan dengan mengeluarkan Notis Taksiran Tambahan terhadap anak guamnya.
Mukhriz, 60, memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 20 Dis tahun lepas dengan menamakan Ketua Pegawai Eksekutif atau Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, Anwar dan kerajaan sebagai responden pertama hingga ketiga.
Dalam permohonan itu, Mukhriz yang juga ahli perniagaan memohon perintah untuk membatalkan keputusan responden pertama (Ketua Pegawai Eksekutif atau Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri) mengeluarkan Notis Taksiran Tambahan terhadapnya bagi 2017 hingga 2019 yang menuntut beliau membayar RM5,020,707.18 atas alasan tindakan responden pertama itu menyalahi undang-undang dan tidak munasabah.
Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu juga memohon deklarasi bahawa keputusan responden pertama mengenakan penalti terhadapnya di bawah Seksyen 113(2) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 adalah terbatal dan ultra vires.
Bekas Menteri Besar Kedah itu turut memohon deklarasi bahawa responden kedua (Anwar) telah menggunakan kuasa secara salah dengan menyebabkan responden pertama mengeluarkan Notis Taksiran Tambahan dan memohon deklarasi responden kedua telah menggunakan kuasa secara salah dengan menyebabkan responden pertama mengeluarkan sijil di bawah Subseksyen 104(1) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami