NATIONAL
Anwar makan tengah hari di Bandar Saujana Putra

Perdana Menteri (tengah) beramah mesra bersama tetamu ketika makan tengah hari di Restoran Kedai Papan Bandar Saujana Putra sebelum menunaikan Solat Jumaat hari ini. - Foto Bernama
BANTING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa makan tengah hari bersama masyarakat di Restoran Kedai Papan, Bandar Saujana Putra, dekat sini.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa makan tengah hari bersama masyarakat di Restoran Kedai Papan, Bandar Saujana Putra, sambil menikmati nasi berlauk dan jemput-jemput pisang sebelum menunaikan solat Jumaat.
- Pemilik restoran, Muhammad Shazreen Md Dewa, teruja dengan kunjungan Perdana Menteri, menganggapnya sebagai satu tuah dan menyatakan makanan yang dihidangkan adalah menu biasa yang dijual setiap hari di restorannya.
- Perdana Menteri menasihati pemilik restoran untuk mengembangkan perniagaan, sambil menyatakan penghargaan terhadap usaha anak muda yang berusaha untuk maju dalam kehidupan.
Muhammad Shazreen, 34, yang ditemui sedikit terkejut, namun teruja apabila dimaklumkan bahawa Perdana Menteri akan singgah menikmati makan tengah hari di restorannya hari ini.
Beliau yang mengusahakan perniagaan masakan nasi berlauk 'ala kampung' sejak 2019 itu bersyukur kerana daripada banyak kedai-kedai makan yang ada di situ, restoran miliknya menjadi pilihan.
"Saya bersyukur kerana kerana kedai saya jadi pilihan... pada saya ini merupakan satu tuah yang tidak semua orang akan dapat," katanya kepada Bernama.
Ditanya mengenai menu yang disediakan kepada Perdana Menteri, bapa kepada seorang anak berusia setahun itu berkata sebenarnya tiada yang istimewa, kerana makanan yang dihidangkan hari ini sememangnya menu biasa dijual setiap hari di restoran itu .
Muhammad Shazreen juga berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana sudi berkunjung ke restorannya selain sempat menitipkan pesanan kepadanya supaya mengembangkan lagi perniagaan kerana bangga melihat anak muda yang berusaha untuk maju dalam kehidupan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami