Anwar menghadap Agong: Istana Negara jadi tumpuan media

Bernama
Oktober 13, 2020 03:07 MYT
Seawal 8 pagi, pengamal media telah berkumpul di sekitar Pintu 2 Istana Negara dan di kaki lima Jalan Dungun. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Istana Negara menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa pagi ini yang menantikan ketibaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki Istana Negara.
Seawal 8 pagi, pengamal media telah berkumpul di sekitar Pintu 2 Istana Negara dan di kaki lima Jalan Dungun di sini bagi menunggu ketibaan Ahli Parlimen Port Dickson itu yang dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.
Petugas media yang masing-masing memakai pelitup muka dinasihati anggota polis bertugas agar menjaga penjarakan fizikal bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 yang melanda negara.
Petugas media yang berkumpul di luar Istana Negara mendapat kejutan istimewa apabila Setiausaha Sulit Kanan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd Alim mendekati mereka dan memberikan sarapan pagi.
Pada Khamis lepas, Anwar dalam satu kenyataan berkata Al-Sultan Abdullah telah memperkenan beliau menghadap Seri Paduka hari ini bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang menyokongnya.
Pada 23 Sept, Anwar dalam satu sidang media mendakwa beliau mendapat sokongan 'kukuh dan meyakinkan' daripada kalangan Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Sumber memaklumkan kepada media Pengerusi Pakatan Harapan DS Anwar Ibrahim akan mengadap YDP Agong di Istana Negara pada 10 pagi. Beberapa anggota polis juga dilihat berkawal di hadapan pintu Istana Negara. Ikuti perincian di @501Awani pic.twitter.com/jrZvS6MS1y

— FA (@FirdausAzil) October 13, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kenderaan yang membawa Pengerusi Pakatan Harapan DS Anwar Ibrahim sudah memasuki Pintu 2 Istana Negara. Bagaimanapun media gagal mendapatkan komen beliau. #PolitikMalaysia @501Awani pic.twitter.com/izIjPFBCKs

— FA (@FirdausAzil) October 13, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim #Yang di-Pertuan Agong #menghadap #Perdana Menteri #sokongan majoriti #Istana Negara