MALAYSIA
Anwar nafi sebarang kaitan dengan kes Epstein
Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan sekeras-kerasnya sebarang kaitan dengan kes melibatkan individu kontroversi, Jeffrey Epstein. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan sekeras-kerasnya sebarang kaitan dengan kes melibatkan individu kontroversi, Jeffrey Epstein, susulan dakwaan yang mengaitkan namanya dalam satu emel oleh pihak luar.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, beliau hanya dimaklumkan mengenai perkara itu baru-baru ini apabila terdapat pihak yang ingin bertemu sambil ‘memetik’ namanya dalam e-mel berkaitan kes berkenaan.
Menurut beliau, dakwaan tersebut sama sekali tidak berasas dan menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana individu yang terlibat dalam komunikasi tersebut, apatah lagi dengan Epstein.
“Alhamdulillah, dah belasan tahun seperti yang disebut dalam e-mel, dan saya langsung tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang berbalas e-mel itu, terutama Epstein,” katanya.
Anwar turut menzahirkan rasa jijik terhadap cubaan mengaitkan namanya dengan isu berkenaan, sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak bertanggungjawab.
Kenyataan itu dipercayai dibuat bagi menjernihkan kekeliruan serta menangkis sebarang cubaan mengaitkan beliau dengan isu sensitif berprofil tinggi di peringkat antarabangsa.
Dalam e-mel bertarikh 21 Februari 2012, seseorang yang mendakwa rapat dengan Anwar mencadangkan agar diatur satu pertemuan antara Anwar dan seorang individu dikenali sebagai “Jes” yang dipercayai merujuk kepada Jes Staley, ketua pegawai eksekutif bahagian perbankan pelaburan JP Morgan.
E-mel itu menyatakan, sekiranya jika Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia, ia akan membersihkan dan membuka peluang besar untuk JP Morgan.