MALAYSIA
Anwar puji komitmen pemimpin Kenya dalam usaha noktahkan kemiskinan
Anwar berkata beliau amat terinspirasi dengan fokus Kenya menggunakan kuasa dan tadbir urus bagi mengangkat martabat golongan miskin. - Foto BERNAMA
NAIROBI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji komitmen teguh Kenya dalam usaha menoktahkan kemiskinan dan menyediakan perumahan mampu milik, sambil menyifatkannya sebagai satu bentuk "kepimpinan yang benar-benar luar biasa".
Ringkasan AI
Mengaitkan perkara itu dengan pendekatan Malaysia bagi menangani kemiskinan tegar, Anwar berkata: "Saya juga, seperti anda, amat bersemangat dalam usaha menoktahkan kemiskinan dan menyediakan perumahan untuk golongan miskin serta rakyat."
Bercakap pada majlis jamuan negara dihoskan oleh Presiden Kenya William Samoei Ruto malam tadi, beliau berkata program bercita-cita tinggi negara Afrika Timur itu, yang menyasarkan pembinaan lebih 150,000 unit kediaman untuk golongan berpendapatan rendah, mencerminkan contoh kepimpinan yang luar biasa.
Anwar, yang kini dalam rangka lawatan rasmi dua hari, berkata beliau amat terinspirasi dengan fokus Kenya menggunakan kuasa dan tadbir urus bagi mengangkat martabat golongan miskin kerana usaha sedemikian selaras dengan semangat perjuangan Jomo Kenyatta yang memperjuangkan kebajikan rakyat.
Kenyatta adalah Presiden pertama Kenya serta pemimpin utama gerakan kemerdekaan negara itu, dan beliau berkhidmat dari 1964 hingga kematiannya pada 1978.
Anwar juga berkata Malaysia dan Kenya tidak mempunyai alasan untuk tidak mempertingkat kerjasama dua hala khususnya dalam sektor perdagangan serta pelaburan.
Beliau berkata Malaysia bersedia berkongsi kepakaran dalam bidang semikonduktor serta sektor elektrik dan elektronik, sambil belajar daripada pembangunan pesat dan keazaman kuat Kenya.
Perdana Menteri berkata perbincangan antara kedua-dua negara akan diteruskan hari ini yang merangkumi perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi lebih luas semasa mesyuarat dua hala.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, para pegawai kanan kerajaan serta delegasi perniagaan.
Kenya bersempadan dengan Sudan Selatan di bahagian timur laut, Ethiopia di utara, Somalia di timur dan Lautan Hindi di tenggara, Tanzania di barat daya serta Tasik Victoria dan Uganda di barat.
Pada 2024, Kenya muncul sebagai rakan perdagangan ketiga terbesar Malaysia di Afrika dengan nilai dagangan mencecah RM5.7 bilion, peningkatan 1.2 peratus berbanding RM5.51 bilion tahun sebelumnya.
Perdana Menteri dijadual berlepas dari Nairobi ke Malaysia lewat hari ini sekali gus mengakhiri lawatan beliau ke tiga negara di benua Afrika.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim memuji Kenya atas usaha menangani kemiskinan dan menyediakan perumahan mampu milik, menggambarkan kepimpinan negara itu sebagai luar biasa.
- Anwar menekankan persamaan pendekatan Malaysia dalam membantu golongan miskin, menyokong program Kenya membina lebih 150,000 unit kediaman untuk golongan berpendapatan rendah.
- Malaysia bersedia berkongsi kepakaran dalam sektor semikonduktor dan elektronik dengan Kenya serta mempertingkat kerjasama dua hala terutamanya dalam perdagangan dan pelaburan.