awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Petronas perkukuh agenda integriti, antirasuah bersama SPRM
Arab Saudi sedia laluan khusus untuk warga emas, OKU di Masjidil Haram
Pope Leo sedih Rusia enggan setuju gencatan senjata menjelang sambutan Krismas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar puji MB Kelantan berunding selesaikan isu mendesak

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
18/06/2023
06:50 MYT
Anwar puji MB Kelantan berunding selesaikan isu mendesak
Anwar hadir ke Majlis Penyerahan Sumbangan Pembangunan Masjid At-Taqwa di Mukim Alor Pasir, Kota Bharu, yang turut dihadiri Ahmad - Foto/ Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob kerana berusaha berunding dan memudahkan hubungan antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Perdana Menteri berkata, rundingan tersebut termasuk melibatkan isu-isu mendesak seperti banjir dan tebatan banjir.
"Kita boleh berbalah soal politik, tetapi tidak boleh sehingga mengorbankan kepentingan rakyat terutamanya di Kelantan," kata Perdana Menteri dalam kenyataan di laman Facebooknya hari ini.
Perdana Menteri sebelum itu hadir ke Majlis Penyerahan Sumbangan Pembangunan Masjid At-Taqwa di Mukim Alor Pasir, Kota Bharu, yang turut dihadiri Ahmad dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Berhubung pembangunan Masjid At-Taqwa, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sebanyak RM500,000 telah diluluskan setakat ini di bawah Peruntukan Projek-projek Kecil Perdana Menteri Tahun 2023.
Jelasnya, ia bagi menampung sebahagian kos untuk pelaksanaan projek berkenaan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM7.76 juta.
Pada Jumaat, media melaporkan Mohd Amar memaklumkan Kerajaan Kelantan dijangka memperoleh dana RM1.7 bilion daripada Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi negeri itu sejak berpuluh tahun lalu.
Sebelum ini, Anwar berkata kerajaan bersikap terbuka dan sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk pentadbiran negeri yang dikuasai pembangkang.
Perdana Menteri berkata pendekatan itu diambil bagi memastikan rakyat di seluruh negara mendapat manfaat menerusi pelbagai projek yang akan dibangunkan Kerajaan Persekutuan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Ahmad Yakob
#Masalah air Kelantan
#menteri besar kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan