[TERKINI] Polis Tahan Pengasas eHati dan Suami Susulan Dakwaan Program Motivasi Rumah Tangga Songsang – Ikuti Perkembangan Di Sini
MALAYSIA

Anwar rafak sembah takzim dan tahniah sempena ulang tahun keputeraan Sultan Brunei

Bernama 15/07/2025 | 03:00 MYT
Perdana Menteri Anwar (kanan) merafak sembah salam takzim dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-79 Sultan Hassanal Bolkiah. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah salam takzim dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-79.

Perdana Menteri pada hantaran di Facebook beliau, turut mendoakan agar Ke bawah Duli Tuanku Sultan Hassanal Bolkiah kekal qarar memerintah negara Brunei Darussalam dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.

"Semoga hubungan dan kerjasama Malaysia dan Negara Brunei Darussalam terus diperkukuh demi manfaat bersama buat kedua-dua negara serta rakyat keseluruhannya, insya-Allah," kata beliau.

Sultan Hassanal Bolkiah diputerakan pada 15 Julai 1946 di Bandar Brunei (sekarang Bandar Seri Begawan) dan ditabalkan sebagai Sultan Brunei ke-29 pada 1967.

-- BERNAMA





#Sultan Brunei #Hari Keputeraan Sultan Brunei #Sultan Hassanal Bolkiah #PM Anwar Ibrahim