MALAYSIA
Anwar rakam penghargaan semua pihak jayakan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
Anwar menekankan prestasi luar biasa pasukan keselamatan termasuk PDRM, kastam, imigresen, dan pasukan kawalan swasta dalam menjayakan persidangan ASEAN tanpa sebarang insiden yang mengganggu. -Gambar fail
SERDANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan penganjuran Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Anwar berkata semua pihak yang bertugas termasuk pasukan keselamatan, penjawat awam dan petugas pembersihan berusaha bertungkus lumus mengangkat nama baik Malaysia di mata dunia.
"Bermula daripada tukang cuci hingga seni kebudayaan yang dipersembahkan (sepanjang Persidangan ASEAN 2025) begitu mempesona.
"PDRM (Polis Diraja Malaysia) menunjukkan prestasi luar biasa mengendali tanpa satu insiden yang mengganggu kita, (juga) kastam (Jabatan Kastam Diraja Malaysia), imigresen (Jabatan Imigresen) pasukan kawalan swasta dan lain-lain.
"Yang saya nak nyatakan adalah, tugas memang berat tapi saya rasa ringan sekali (kerana) bila lihat selesai taklimat 11.30 malam, 12 tengah malam tercegat lagi pasukan keselamatan, pegawai-pegawai dari Kementerian Luar, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
"Begitu juga semua kementerian lain, tak kira masa, tak ada nampak lelah dan letih kerana semua berkhidmat kerana Allah untuk mengangkat Malaysia di persada dunia," katanya ketika berucap pada Majlis Penghargaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 di sini.
Yang turut hadir isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan barisan Jemaah Menteri lain.
Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan ketua-ketua setiausaha kementerian.
Anwar berkata kesepakatan dan perpaduan semua pihak merentasi kaum, agama dan kementerian membuktikan kejayaan dapat dicapai hasil kerjasama sepasukan.
Selain keamanan dan kestabilan negara, beliau juga mahu Malaysia dikenali dengan kemampuan menguruskan ekonomi, penggunaan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI), pemilihan tenaga baharu, serta perdagangan antarabangsa dan pelaburan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 kerana usaha mereka mengangkat nama Malaysia di persada dunia.
- Anwar menekankan prestasi luar biasa pasukan keselamatan termasuk PDRM, kastam, imigresen, dan pasukan kawalan swasta dalam menjayakan persidangan ASEAN tanpa sebarang insiden yang mengganggu.
- Beliau menekankan kejayaan dicapai melalui perpaduan semua pihak dari pelbagai bidang, serta menitikberatkan kemampuan Malaysia dalam pengurusan ekonomi, teknologi baharu, dan perdagangan antarabangsa.
Anwar berkata semua pihak yang bertugas termasuk pasukan keselamatan, penjawat awam dan petugas pembersihan berusaha bertungkus lumus mengangkat nama baik Malaysia di mata dunia.
"Bermula daripada tukang cuci hingga seni kebudayaan yang dipersembahkan (sepanjang Persidangan ASEAN 2025) begitu mempesona.
"PDRM (Polis Diraja Malaysia) menunjukkan prestasi luar biasa mengendali tanpa satu insiden yang mengganggu kita, (juga) kastam (Jabatan Kastam Diraja Malaysia), imigresen (Jabatan Imigresen) pasukan kawalan swasta dan lain-lain.
"Yang saya nak nyatakan adalah, tugas memang berat tapi saya rasa ringan sekali (kerana) bila lihat selesai taklimat 11.30 malam, 12 tengah malam tercegat lagi pasukan keselamatan, pegawai-pegawai dari Kementerian Luar, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
"Begitu juga semua kementerian lain, tak kira masa, tak ada nampak lelah dan letih kerana semua berkhidmat kerana Allah untuk mengangkat Malaysia di persada dunia," katanya ketika berucap pada Majlis Penghargaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 di sini.
Yang turut hadir isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan barisan Jemaah Menteri lain.
Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan ketua-ketua setiausaha kementerian.
Anwar berkata kesepakatan dan perpaduan semua pihak merentasi kaum, agama dan kementerian membuktikan kejayaan dapat dicapai hasil kerjasama sepasukan.
Selain keamanan dan kestabilan negara, beliau juga mahu Malaysia dikenali dengan kemampuan menguruskan ekonomi, penggunaan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI), pemilihan tenaga baharu, serta perdagangan antarabangsa dan pelaburan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Siapakah yang Datuk Seri Anwar Ibrahim berikan penghargaan dalam Majlis Penghargaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025?
A: Anwar Ibrahim memberikan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan penganjuran Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, termasuk pasukan keselamatan, penjawat awam, dan petugas pembersihan. - Q: Apa yang disebut oleh Anwar Ibrahim berkenaan prestasi PDRM dalam mengendalikan Persidangan ASEAN 2025?
A: Anwar Ibrahim menyatakan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan prestasi luar biasa dalam mengendalikan Persidangan ASEAN 2025 tanpa sebarang insiden yang mengganggu. - Q: Apakah yang Anwar Ibrahim tekankan mengenai tugas yang dilakukan oleh semua pihak dalam menjayakan Persidangan ASEAN 2025?
A: Anwar Ibrahim menekankan bahawa tugas yang dilakukan oleh semua pihak termasuk pasukan keselamatan, penjawat awam, dan kementerian lain sangat berat, tetapi mereka menjalankannya dengan penuh dedikasi untuk mengangkat nama Malaysia di persada dunia.