awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar setuju hukuman mati mandatori dimansuh

Sinar Harian
Sinar Harian
12/06/2022
23:00 MYT
Anwar setuju hukuman mati mandatori dimansuh
ANWAR: Saya menyokong keputusan kerajaan kerana undang-undang sekarang memaksa hakim untuk menghukum tanpa ada pilihan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori kerana ia memberikan ruang yang lebih kepada hakim sewaktu membuat keputusan.
Menurutnya, undang-undang sedia ada memaksa hakim untuk menjatuhkan hukuman tanpa ada pilihan.
Justeru, dengan pindaan ini, ia memberikan ruang kepada hakim menilai fakta, bukti dan undang-undang sebelum memilih hukuman yang sesuai kepada individu yang disabit kesalahan.
“Mandatori bermakna tiada pilihan diberikan kepada hakim. Jadi, saya menyokong keputusan kerajaan kerana undang-undang sekarang memaksa hakim untuk menghukum tanpa ada pilihan.
“Tetapi pindaan ini memberikan ruang kepada hakim untuk menilai fakta, bukti dan undang-undang, dan hakim pula perlu menjatuhkan hukuman secara adil,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Peluncuran Buku Kombo Merdeka 65 Tahun karya Sasterawan Negara, Datuk Seri A Samad Said di Pusat Dagangan Dunia, di sini pada Ahad.
Pada Jumaat, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk budi bicara mahkamah.
BACA: Kerajaan bersetuju hukuman mati mandatori dimansuhkan
Keputusan itu katanya, dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu.
Kerajaan juga secara prinsipnya menerima dan mengambil maklum syor-syor Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan melalui laporan kajian tersebut.
Jemaah Menteri telah bersetuju agar penelitian dan kajian lanjut dilaksanakan berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] 2 dan 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#hukuman mati mandatori
#hakim
#hukuman yang sesuai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan