awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
101 sesi libat urus Akta PSB diadakan, tertinggi dalam sejarah - Nga
GADGETS
Kini anda boleh jadualkan tugasan pada Perplexity melalui WhatsApp
MALAYSIA
Indonesia bina penjara keselamatan maksimum di pulau terpencil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Anwar tegur wakil rakyat turun padang hanya menjelang PRU

Faida Rahim
Faida Rahim
26/06/2025
04:20 MYT
Sponsor Banner
Anwar tegur wakil rakyat turun padang hanya menjelang PRU
Anwar berkata, pendekatan Kerajaan Madani bukan gimik politik terutama menjelang pilihan raya, sebaliknya memberi perhatian kepada kelompok majoriti rakyat. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan wakil rakyat supaya menghentikan 'budaya' bermusim turun padang menyantuni rakyat hanya pada saat akhir sebelum pilihan raya.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa wakil rakyat menghentikan amalan turun padang hanya menjelang pilihan raya, dan menekankan pendekatan Kerajaan Madani yang konsisten menyantuni rakyat sejak awal pentadbiran.
  • Beliau berkongsi rutin turun padang setiap Jumaat untuk menilai kemudahan awam dan kebersihan, sebagai usaha memahami keperluan majoriti rakyat secara berterusan, bukan sekadar gimik politik.
  • Dalam ucapannya mengenai projek Kota Madani, Anwar menekankan pembangunan bandar yang seimbang antara kemajuan fizikal dan nilai budaya serta rohani, dengan perancangan yang mengambil kira keselesaan dan keselamatan komuniti.

Beliau berkata, pendekatan Kerajaan Madani bukan gimik politik terutama menjelang pilihan raya, sebaliknya memberi perhatian kepada kelompok majoriti rakyat.
“Ini yang berlaku. Sebab itu saya lihat... setiap hari Jumaat, saya pergi makan di warung dulu atau di gerai dahulu dalam 15-20 minit sebelum solat Jumaat.
“Ini sahaja cara kita lihat kebersihan dan kemudahan... kerana ini menyentuh kepentingan peratusan rakyat.
“Saya tidak mahu bawa mereka pergi (turun padang santuni rakyat) hanya dua bulan sebelum pilihan raya. Kerana dua bulan sebelum pilihan raya, semua orang politik akan cium bayi, akan jalan di warung, akan tanya khabar di rumah. Saya kena hentikan budaya itu,” katanya.
Anwar berkata, beliau memulakan rutin turun padang setiap Jumaat untuk menyantuni rakyat sebelum menunaikan solat, sejak awal kepimpinan Kerajaan Madani pada Disember 2022.
“Budaya ini supaya kita tahu keutamaannya. Bukan saya nak cakap (besar), saya nak ceritakan ini (sebab) ada mesejnya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika meninjau kemajuan projek pembangunan Kota Madani pada Rabu.
Berucap mengenai Kota Madani, beliau berkata, pembangunan bandar bukan sahaja perlu maju dari segi fizikal dan teknologi, tetapi juga sarat dengan nilai budaya dan rohani.
Jelasnya, bandar yang hebat bukan sekadar bangunan pencakar langit tetapi mesti melambangkan kekuatan budaya dan sejarah.
“Kota moden yang ‘gersang’ budaya tidak dapat membina semangat kebersamaan, nilai asabiyah dan jati diri masyarakat.
“Perancangan Kota Madani turut mengambil kira keselesaan dan keselamatan penduduk, termasuk penyediaan laluan pejalan kaki ke sekolah, masjid, tadika, dewan komuniti dan tempat kerja,” katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#pilihan raya
#PRU
#kempen PRU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami