MALAYSIA
Anwar terima anugerah tertinggi Timor-Leste, sampaikan ucaptama di Istana Presiden
Anwar tiba di Dili bagi lawatan rasmi dari 23 hingga 24 September 2025 atas jemputan Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmao. - Foto PMO
DILI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama dalam siri Presidential Lecture di Istana Presiden, Dili, Timor-Leste, hari ini sempena lawatan rasmi beliau ke negara itu.
Anwar turut menerima penganugerahan Grand Collar of the Order of Timor-Leste, salah satu anugerah tertinggi negara tersebut, sebagai pengiktirafan terhadap peranan Malaysia dalam menyokong pembangunan dan kerjasama serantau.
Dalam syarahannya bertajuk “ASEAN & the role of Timor-Leste”, beliau menekankan kepentingan penyertaan Timor-Leste dalam ASEAN sebagai langkah memperkukuh integrasi ekonomi, kestabilan politik dan jaringan diplomasi rantau ini.
“Lawatan ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia–Timor-Leste, malah memberi peluang membincangkan isu-isu global yang mendasari kepentingan bersama,” katanya.
Program berkenaan turut disiarkan secara langsung menerusi RTM pada jam 4 petang waktu Malaysia, memberi peluang rakyat mengikuti amanat serta perspektif Malaysia terhadap perkembangan geopolitik Asia Tenggara.
Lawatan rasmi ini dijangka memperkukuh lagi kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, pendidikan, keselamatan serta hubungan rakyat dengan rakyat antara kedua-dua negara.