MALAYSIA
Anwar terima kunjungan hormat bekas TPM Qatar
Anwar menerima kunjungan bekas Timbalan Perdana Menteri Qatar, Khalid Mohammad Al Attiyah (kiri) -Foto Facebook
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat bekas Timbalan Perdana Menteri Qatar merangkap bekas Menteri Luar, Khalid Mohammad Al Attiyah, di pejabatnya di Bangunan Parlimen, di sini.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan berkenaan memberi ruang kepada kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai isu semasa selain meneroka potensi kerjasama strategik serta pelaburan yang boleh diperkukuh demi manfaat bersama Malaysia dan Qatar.
"Pertemuan ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar," katanya.
Terdahulu, pada Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 yang berlangsung di sini pada Mei tahun lepas, Anwar turut mengadakan pertemuan dengan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, bagi membincangkan pelbagai bidang kerjasama strategik.
Antara bidang yang disentuh termasuk pelaburan, perdagangan, kerjasama pertahanan, tenaga, industri digital dan keterhubungan, serta pendidikan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerima kunjungan bekas Timbalan Perdana Menteri Qatar, Khalid Mohammad Al Attiyah, untuk bertukar pandangan mengenai isu semasa dan potensi kerjasama strategik antara Malaysia dan Qatar.
- Pertemuan tersebut menunjukkan komitmen kedua negara dalam memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar.
- Sebelum ini, Anwar turut berjumpa dengan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, dalam Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk untuk membincangkan kerjasama strategik dalam pelaburan, perdagangan, pertahanan, tenaga, industri digital, keterhubungan, dan pendidikan.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan berkenaan memberi ruang kepada kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai isu semasa selain meneroka potensi kerjasama strategik serta pelaburan yang boleh diperkukuh demi manfaat bersama Malaysia dan Qatar.
"Pertemuan ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar," katanya.
Terdahulu, pada Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 yang berlangsung di sini pada Mei tahun lepas, Anwar turut mengadakan pertemuan dengan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, bagi membincangkan pelbagai bidang kerjasama strategik.
Antara bidang yang disentuh termasuk pelaburan, perdagangan, kerjasama pertahanan, tenaga, industri digital dan keterhubungan, serta pendidikan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Siapakah individu yang menerima kunjungan hormat daripada bekas Timbalan Perdana Menteri Qatar?
A: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada bekas Timbalan Perdana Menteri Qatar, Khalid Mohammad Al Attiyah. - Q: Apa tujuan pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Khalid Mohammad Al Attiyah?
A: Pertemuan tersebut bertujuan untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai isu semasa, meneroka potensi kerjasama strategik, serta pelaburan yang boleh diperkukuh demi manfaat bersama Malaysia dan Qatar. - Q: Apakah yang disebut oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pertemuan tersebut dalam hantaran di Facebook?
A: Anwar menyatakan bahawa pertemuan tersebut mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar. - Q: Apakah bidang kerjasama strategik yang dibincangkan antara Anwar dan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani sebelum ini?
A: Antara bidang kerjasama strategik yang dibincangkan termasuklah pelaburan, perdagangan, kerjasama pertahanan, tenaga, industri digital dan keterhubungan, serta pendidikan.