PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Luar India Dr S. Jaishankar, yang kini dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula hari ini.
Jaishankar tiba di Pejabat Perdana Menteri di Perdana Putra di sini pada 2.30 petang, sebelum kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan yang berlangsung kira-kira satu jam.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan itu memaklumkan Anwar dan Jaishankar, bertukar-tukar pandangan dan membincangkan kerjasama dalam bidang perdagangan, sains dan teknologi, pendidikan, pertanian, pelancongan, pertahanan dan digital, serta berkaitan isu serantau termasuk Myanmar.
Menurut kenyataan PMO, Anwar telah memberikan komitmen beliau dalam membantu penubuhan cawangan kampus Institut Teknologi India (IIT) di Malaysia.
Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri India Narendra Nodi, kerana membantu negara ketika Malaysia menghadapi kekurangan bekalan beras dan berharap untuk mempermudahkan lagi pengimportan hasil pertanian dari India.
Menurut kenyataan PMO, Jaishankar telah menyatakan hasrat untuk memperkukuhkan lagi hubungan India-ASEAN, terutamanya ketika Malaysia mempengerusikannya tahun hadapan dan mengulangi pelawaan Modi untuk Anwar untuk melawat India.
Menurut kenyataan itu Perdana Menteri, bercadang untuk melakukan lawatan ke India tidak lama lagi, selepas Pilihan Raya Umum negara itu.
Pertemuan itu turut disertai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
India merupakan rakan dagangan global ke-12 terbesar Malaysia, dengan perdagangan berjumlah RM77.76 bilion (US$16.53 bilion).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Jaishankar tiba di Pejabat Perdana Menteri di Perdana Putra pada 2.30 petang, sebelum kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan yang berlangsung kira-kira satu jam. - Gambar Bernama
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Kerjasama strategik Malaysia-China perkukuh ekonomi negara
China merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut, dengan jumlah dagangan hampir AS$100 bilion.
Malaysia, New Zealand zahir komitmen tingkat kerjasama pelbagai bidang
Malaysia dan New Zealand menzahirkan komitmen dalam memperkasakan dan mengembangkan lagi kerjasama dua hala dalam pelbagai sektor.
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Luar India Dr S. Jaishankar, yang kini dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula hari ini.
Korea Selatan, Jepun jalin hubungan lebih kukuh dalam dagangan selepas masuk 'senarai putih'
Korea Selatan dan Jepun bersetuju pada Jumaat untuk bekerjasama lebih rapat dan lebih meluas dalam pelbagai isu perdagangan pelbagai hala ekoran pemulihan hubungan dua hala baru-baru ini.
Zambry adakan lawatan kerja luar ke The Hague, Belanda
Belanda merupakan rakan dagangan yang penting buat Malaysia sejak hubungan diplomatik diwujudkan pada tahun 1957.
Hubungan Malaysia dan Arab Saudi kekal erat
Arab Saudi terus kekal sebagai satu daripada rakan dagang terbesar negara di rantau Asia Barat dengan mencatatkan nilai dagang RM22.3 bilion tahun lalu.
Ekonomi Thailand bertambah baik pada Jun selepas kelonggaran sekatan pergerakan - BoT
Nilai eksport barangan tidak termasuk emas, penggunaan swasta dan petunjuk pelaburan swasta dan pengeluaran pembuatan menguncup pada kadar yang rendah.
AS-Mexico bakal meterai pengisytiharan kerjasama
Perkara itu dipersetujui selepas pertemuan antara Presiden, Donald Trump dan Presiden Mexico, Lopez Obrador.
Malaysia alu-alukan tambahan FDI dari China
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut melahirkan keyakinan bahawa hubungan dua hala antara Malaysia dan China, yang memasuki ulang tahun ke-45 akan terus kukuh.