awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar terima panggilan telefon dari PM New Zealand, bincang isu tarif AS

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
10/04/2025
11:27 MYT
Anwar terima panggilan telefon dari PM New Zealand, bincang isu tarif AS
Menerusi panggilan telefon itu, Anwar bertukar pandangan mengenai isu semasa, terutamanya tarif perdagangan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) dan impaknya terhadap rantau ini. - Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatnya di New Zealand, Perdana Menteri Christopher Luxon pada Khamis.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata menerusi panggilan telefon itu, mereka bertukar pandangan mengenai isu semasa, terutamanya tarif perdagangan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) dan impaknya terhadap rantau ini.
Anwar turut menegaskan pendirian Malaysia dan ASEAN yang sentiasa mengutamakan rundingan dan semangat kesepaduan dalam mencari penyelesaian yang adil dan seimbang untuk semua negara anggota.
Beliau juga menekankan pentingnya ASEAN memperkukuh kesepakatan serantau untuk memastikan langkah susulan dapat diselaras dengan berkesan.
Selain itu, Anwar turut memaklumkan kepada PM Luxon mengenai Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN yang berlangsung di Malaysia pada Khamis yang bertujuan untuk meneliti isu itu dengan lebih mendalam dan merangka pendekatan kolektif terbaik.
Kata Anwar, Malaysia komited untuk terus memperkukuh kerjasama dengan New Zealand, baik dalam hubungan dua hala mahupun dalam kerangka ASEAN.
Ujarnya, dialog serta rundingan dengan rakan dagang utama akan terus diadakan untuk membentuk hala tuju ekonomi serantau yang lebih inklusif dan berdaya tahan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#PMX
#ASEAN
#New Zealand
#Christopher Luxon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan