Anwar tiba di Istana Negara

Firdaus Azil
Oktober 13, 2020 03:28 MYT
Anwar tiba dengan sebuah kenderaan Jaguar, dengan diiringi sebuah kereta MPV hitam. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasuki Pintu 2 Istana Negara pada pukul 10.25 pagi tadi.
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden PKR tiba dengan sebuah kenderaan Jaguar, dengan diiringi sebuah kereta MPV hitam.
Bagaimanapun, media yang menunggu seawal pukul 7.30 pagi gagal mendapatkan sebarang komen dari Ahli Parlimen Port Dickson itu.
Dalam pada itu, petugas media yang masing-masing memakai pelitup muka dinasihati anggota polis bertugas agar menjaga penjarakan fizikal bagi mengelakkan penularan COVID-19.

Kenderaan yang membawa Pengerusi Pakatan Harapan DS Anwar Ibrahim sudah memasuki Pintu 2 Istana Negara. Bagaimanapun media gagal mendapatkan komen beliau. #PolitikMalaysia @501Awani pic.twitter.com/izIjPFBCKs

— FA (@FirdausAzil) October 13, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Petugas media yang berkumpul di luar Istana Negara mendapat kejutan istimewa apabila Setiausaha Sulit Kanan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd Alim mendekati mereka dan memberikan sarapan pagi.
BACA: Anwar menghadap Agong: Istana Negara jadi tumpuan media
BACA: Anwar menghadap Agong: Ini mungkin situasi yang akan berlaku esok - Pakar Perlembagaan

Sumber memaklumkan kepada media Pengerusi Pakatan Harapan DS Anwar Ibrahim akan mengadap YDP Agong di Istana Negara pada 10 pagi. Beberapa anggota polis juga dilihat berkawal di hadapan pintu Istana Negara. Ikuti perincian di @501Awani pic.twitter.com/jrZvS6MS1y

— FA (@FirdausAzil) October 13, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Khamis lepas, Anwar dilaporkan berkata Al-Sultan Abdullah telah memperkenan beliau menghadap Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang menyokongnya.
Pada 23 Sept, Anwar dalam satu sidang media mendakwa beliau mendapat sokongan 'kukuh dan meyakinkan' daripada kalangan Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu.
Kira-kira pukul 11.30 tadi, Anwar selesai menghadap Agong dan dilihat meninggalkan Istana Negara.
Dalam pada itu media turut menerima perkhabaran bahawa Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah turut diperkenan untuk menghadap Tuan Agong pada pukul 2 petang ini.

Pengerusi Pakatan Harapan DS Anwar Ibrahim selesai mengadap YDP Agong dan dilihat meninggalkan Istana Negara pada 11.30 pagi tadi. Media cuba mendapatkan kepastian jika ada sidang media susulan. Maaf visual kurang memuaskan. #PolitikMalaysia @501Awani pic.twitter.com/tyBN2m7o2m

— FA (@FirdausAzil) October 13, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Anwar Ibrahim #Yang di-Pertuan Agong #Istana Negara #menghadap