MALAYSIA
Anwar ucap penghargaan sempena Hari ATM ke-92
Perdana Menteri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada warga dan pesara ATM sempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-92. -Foto Facebook
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-92 yang disambut hari ini.
Ringkasan AI
Anwar menerusi hantaran di Facebook menzahirkan penghormatan atas khidmat bakti dan pengorbanan anggota ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara.
"Semoga seluruh warga ATM sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan dan semangat juang yang tinggi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi tanah air," katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pesara ATM yang telah menabur bakti sepanjang perkhidmatan mereka serta mendoakan agar perajurit yang gugur ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
"Al-Fatihah buat perajurit yang telah pergi mendahului kita. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin dan syuhada," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada warga dan pesara ATM sempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-92.
- Beliau menzahirkan doa agar anggota ATM terus dikurniakan kesihatan, kekuatan dan semangat juang dalam mempertahankan negara.
- Anwar turut mendoakan agar perajurit yang telah gugur ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan para syuhada.