Anwar ucap selamat menyambut Hari Ponggal kepada komuniti Tamil

Bernama
Januari 15, 2023 04:10 MYT
ANWAR: Hari besar ini turut menjadi simbol dan pemangkin bagi menolak amalan atau sikap lama dan mengangkat perubahan serta mencipta anjakan baharu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Ponggal kepada seluruh komuniti Tamil di Malaysia yang meraikan sambutan itu hari ini.
Menerusi catatan dalam Facebooknya, Anwar berharap perayaan itu dapat memberi kesejahteraan, keceriaan dan kesihatan yang lebih sempurna kepada semua.
"Masyarakat Tamil meraikan perayaan Ponggal sebagai tanda kesyukuran atas rezeki yang bertambah.
"Selainnya, hari besar penganut Hindu ini turut menjadi simbol dan pemangkin bagi menolak amalan atau sikap lama dan mengangkat perubahan serta mencipta anjakan baharu," katanya menerusi perkongsian itu.
Masyarakat Tamil menyambut ketibaan pesta menuai Ponggal pada bulan ke-10 dalam kalendar Tamil yang dikenali sebagai Thai dan sambutan itu ialah satu perayaan penting khususnya bagi masyarakat petani.
-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim #Hari Ponggal #komuniti Tamil #Pesta Menuai