NATIONAL
Anwar ucap tahniah kepada Albanese, kekal Perdana Menteri Australia
Anwar merakamkan ucapan tahniah kepada Anthony Albanese atas kejayaan beliau mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Australia bagi penggal kedua berturut-turut. - Foto Facebook Anwar
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Anthony Albanese atas kejayaan beliau mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Australia bagi penggal kedua berturut-turut.
Perdana Menteri menyifatkan kemenangan itu sebagai isyarat jelas dan keyakinan rakyat Australia terhadap kepimpinan Albanese.
"Setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese atas kejayaan mempertahankan penggal kedua selepas siri kempen pilihan raya yang penuh bersemangat.
"Keputusan ini a menunjukkan mesej yang jelas daripada rakyat Australia," katanya dalam perkongsian di Facebooknya di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Anwar memberitahu, Australia memainkan peranan penting di rantau Asia Pasifik dan beliau menghargai tumpuan yang diberikan kerajaan Albanese terhadap Asia Tenggara sepanjang penggal pertama pentadbirannya.
"Kami berharap semangat keterlibatan itu akan diteruskan," ujar beliau lagi.
Tambah Anwar, ketika rantau ini berdepan cabaran dan perubahan baharu, Malaysia komited untuk bekerjasama erat dengan Australia demi mempertahankan kestabilan, meningkatkan daya tahan dan membentuk masa depan yang makmur bersama.