awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar ucap tahniah kepada Erdogan

Bernama
Bernama
29/05/2023
04:09 MYT
Anwar ucap tahniah kepada Erdogan
Anwar (kanan) dalam ucapan tahniahnya berkata Malaysia berharap dapat bekerjasama rapat dengan Turkiye untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala sedia ada. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai pemimpin dunia yang lain mengucapkan tahniah kepada Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan yang telah memenangi pilihan raya penentu pada Ahad.
Anwar dalam ucapan tahniahnya berkata Malaysia berharap dapat bekerjasama rapat dengan Turkiye untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala sedia ada.
"Tahniah kepada Tuan Yang Terutama Presiden Erdogan kerana dipilih sebagai Presiden ke-13 Republik Turkiye dalam pilihan raya presiden baru-baru ini.
"Turkiye akan terus memainkan peranan membina sebagai pemain serantau dan global yang penting," kata Anwar di akaun Twitternya.
Congratulations to H.E President @RTErdogan for being elected as the 13th President of the Republic of Türkiye in the recent Presidential election. (1/3)
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) May 29, 2023
Pengerusi Majlis Pilihan Raya Turkiye, Ahmet Yener, mengumumkan Erdogan telah dipilih semula sebagai presiden dalam pilihan raya penentu yang diadakan pada Ahad, dengan mengatasi pencabarnya Kemal Kilicdaroglu.
Menurut keputusan tidak rasmi, Erdogan memperoleh 52.14 peratus, manakala Kilicdaroglu mendapat 47.86 peratus undian.
Pada pengundian pusingan pertama 14 Mei lalu, Erdogan memperoleh kelebihan hampir lima mata ke atas Kilicdaroglu tetapi gagal mencapai 50 peratus undian yang diperlukan untuk menang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Recep Tayyip Erdogan
#menang pilihan raya
#Presiden ke-13 Republik Turkiye
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan