KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan takziah kepada Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, seluruh kerabat diraja serta rakyat Qatar atas kemangkatan Bapa Emir, Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani.
Anwar berkata sepanjang 18 tahun pemerintahan Allahyarham sebagai Emir Qatar, Sheikh Hamad berjaya mentransformasikan negara itu menjadi antara yang berpengaruh di peringkat global.
"Di bawah kepimpinan baginda, Qatar mencapai kemajuan ekonomi yang luar biasa dan muncul sebagai suara yang berpengaruh dalam hal ehwal serantau serta antarabangsa," kata Anwar menerusi hantaran di platform X pada Ahad.
On behalf of Malaysia, I extend my deepest condolences to His Highness Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, the Qatari Royal Family, and the people of the State of Qatar on the passing of His Highness the Father Amir, Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani.
During his 18 years as Amir,… pic.twitter.com/ivQ76Dg6GT— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) July 12, 2026
Menurut beliau, keputusan Allahyarham pada 2013 untuk menyerahkan kepimpinan negara kepada generasi baharu merupakan satu langkah kenegaraan yang jarang berlaku.
Beliau turut menyifatkan Bapa Emir itu sebagai sahabat setia Malaysia yang sentiasa teguh serta tokoh yang dihormati di seluruh dunia Islam.
Anwar turut mendoakan agar Allah SWT merahmati roh Allahyarham serta mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada kerabat diraja dan seluruh rakyat Qatar dalam menghadapi saat-saat penuh duka ini.