awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar utus salam takziah kepada keluarga Pyanhabib

Astro Awani
Astro Awani
04/06/2024
23:40 MYT
Anwar utus salam takziah kepada keluarga Pyanhabib
Anwar berkata, beliau pasti akan mengenang setiap karya Allahyarham Pyanhabib yang sentiasa membawa suara dan denyut nadi rakyat. - Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan salam takziah kepada keluarga Pyanhabib, seniman, pelakon dan penyair versatil tanah air yang meninggal dunia malam tadi.
Menerusi hantaran di media sosial beliau, Anwar turut mendoakan roh Allahyarham Mohd Supyan Abdul Rahman, 66 tahun, ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.
"Saya pasti akan mengenang setiap karya Allahyarham yang sentiasa membawa suara dan denyut nadi rakyat. Pengorbanan serta perjuangan Allahyarham akan tersemat utuh buat selamanya," katanya.
Terdahulu, Pyanhabib dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di AU4 Keramat, Hulu Kelang, pada jam 9.30 malam.
Berita pemergiannya turut dikongsikan isterinya, Zurina Zakaria, di laman Facebook.
"Suami saya Pyanhabib yang anda kenal sudah tiada. Kembali kepada pencipta-Nya. Maafkan kesalahannya, doakan yang baik-baik untuknya," katanya.
Anwar utus salam takziah kepada keluarga Pyanhabib
Jenazah dijangka dimandikan di Masjid As Sobihin, Lembah Keramat, Ampang pada jam 9 pagi ini, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4 jam 10 pagi.
Dilahirkan di Taiping, Perak pada 27 Mei 1958, Pyanhabib turut dikenali menerusi lakonannya dalam filem Kembara Seniman Jalanan, Tsu-Feh Sofiah, Tak kisahlah Beb dan Rock Oo!
Sementara itu, Bernama memetik Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia Prof Madya Dr Mohamad Saleeh Rahamad berkata, beliau menerima panggilan daripada rakan-rakan terdekat mengenai pemergian Pyanhabib malam tadi.
Menurutnya, Pyanhabib sepatutnya mendeklamasi puisi pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 baru-baru ini, namun tidak dapat hadir atas faktor kesihatan.
"Beliau tidak sihat sejak balik daripada mengerjakan umrah pada tahun lepas. Badannya kurus, hilang selera makan dan pergerakan agak terbatas," kata Mohamad Saleeh.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Pyanhabib meninggal dunia
#ucapan takziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan