MALAYSIA
Anwar yakin nilai dagangan Malaysia–Turkiye mampu capai AS$10 bilion lebih awal
Anwar berucap bersama Erdogan di Ankara, yakin sasaran dagangan dua hala AS$10 bilion antara Malaysia dan Turkiye adalah realistik. - Foto PMO
ANKARA: Sasaran nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Turkiye sebanyak AS$10 bilion dalam tempoh beberapa tahun akan datang adalah sasaran yang realistik, dan tidak terlalu bercita-cita besar.
Ringkasan AI
Malah, tegas Perdana Menteri lagi, dengan perancangan yang tepat, sasaran itu mempunyai potensi untuk dicapai lebih awal daripada jangkaan.
Ketika menyampaikan kenyataan bersama Presiden Recep Tayyip Erdogan di Kompleks Presiden di Ankara pada Rabu malam, Anwar berkata keyakinan itu berasaskan kekuatan ekonomi Turkiye yang dinamik, serta pertumbuhan pesat sektor teknologi baharu di Malaysia.
“Sasaran AS$10 bilion itu bukanlah sesuatu yang ‘ambitious’. Turkiye memiliki ekonomi besar dengan industri yang kukuh, manakala Malaysia pula berkembang pantas dalam semikonduktor, kecerdasan buatan, pusat data, dan teknologi baharu,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi Malaysia-Turkiye, bersama presiden Recep Tayyip Erdogan di sini.
Sebelum itu kedua-dua pemimpin berkenaan telah mengadakan pertemuan empat mata bagi membincangkan kerjasama dua hala serta isu-isu serantau dan antarabangsa.
Anwar kini sedang berada di Ankara bagi lawatan rasmi pertama beliau ke Turkiye sebagai Perdana Menteri, yang bermula pada 6 Jan, sebelum berakhir di Istanbul pada 8 Jan.
Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama dalam rantaian bekalan teknologi, termasuk semikonduktor dan nadir bumi, memberikan asas kukuh untuk memperluas kerjasama perdagangan dengan Turkiye.
Beliau turut menegaskan bahawa persetujuan kedua-dua negara untuk menaik taraf hubungan melalui High-Level Strategic Cooperation Council (HLSCC) membuktikan komitmen bersama untuk memperkasa perdagangan, pelaburan dan hubungan ekonomi pada tahap lebih tersusun.
“Inilah bentuk kerjasama luar biasa yang jarang diberikan kepada mana-mana negara. Ia hanya berlaku apabila wujud keyakinan dan kepercayaan antara kedua-dua pihak,” katanya.
Melalui mekanisme ini, Anwar berkata, rundingan ekonomi akan dipantau terus oleh Menteri Luar dan kementerian berkaitan bagi mempercepatkan pelaksanaan dasar dan projek, sekaligus mengelakkan kelewatan birokrasi.
“Presiden Erdogan menegaskan kita perlu bergerak pantas. Dalam dunia yang sangat kompetitif ini, prosedur birokrasi biasa tidak cukup. Kita perlu bertindak cepat,” tegasnya lagi.
Menyentuh mengenai sasaran peningkatan nilai dagang kedua-dua negara, Anwar berkata, kerjasama antara Malaysia–Turkiye bukan lagi tertumpu kepada sektor tradisional seperti minyak sawit, makanan, tekstil atau produk asas.
Sebaliknya, beliau berkata, kedua-dua negara sedang aktif meneroka antara lain teknologi pertahanan melibatkan naval, aeroangkasa, UAV dan sistem persenjataan; teknologi digital; serta industri halal dan kewangan Islam.
“Apabila kita gabungkan kekuatan Turkiye dalam pertahanan dan teknologi, serta kekuatan Malaysia dalam ekosistem digital dan industri halal, pertumbuhannya boleh menjadi luar biasa,” jelas beliau lagi.
Ringkasan AI
- Sasaran nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Turkiye sebanyak AS$10 bilion adalah realistik dan mampu dicapai lebih awal dengan perancangan tepat.
- Perdana Menteri menegaskan potensi pertumbuhan ekonomi Turkiye yang dinamik dan sektor teknologi baharu Malaysia sebagai faktor penting dalam mencapai sasaran tersebut.
- Kerjasama ekonomi antara kedua negara tidak lagi tertumpu kepada sektor tradisional, tetapi melibatkan teknologi pertahanan, digital, industri halal, dan kewangan Islam untuk pertumbuhan ekonomi yang luar biasa.