awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar zahirkan komitmen terhadap kebajikan anggota ATM

Bernama
Bernama
29/05/2023
15:44 MYT
Anwar zahirkan komitmen terhadap kebajikan anggota ATM
Anwar berharap agar ketumbukan badan pertahanan negara terus utuh dalam memastikan keselamatan rakyat berada pada tahap yang terbaik. - Gambar FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan komitmen Kerajaan Perpaduan terhadap kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan menyalurkan peruntukan bagi kos membaik pulih kediaman dan kuarters khususnya yang daif.
Perdana Menteri berkata demikian dalam hantaran di laman Facebook rasmi beliau selepas menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman di pejabatnya hari ini.
"Hatta, saya ingatkan untuk sentiasa menjaga kebajikan anggota terutama memastikan akses terhadap pendidikan yang berkualiti dalam kalangan anak-anak anggota ATM," katanya.
Anwar berkata pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23) baru-baru ini, beliau turut menyentuh mengenai kebimbangan terhadap kesiapsiagaan aset pertahanan negara yang disifatkan agak ketinggalan ketimbang perkembangan aset pertahanan negara jiran lain .
Justeru, beliau berharap agar ketumbukan badan pertahanan negara terus utuh dalam memastikan keselamatan rakyat berada pada tahap yang terbaik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ATM
#kuarters
#Facebook
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan