MALAYSIA
AOT main peranan penting pastikan kejayaan pelan damai Thailand-Kemboja - PAT
PAT Jen Tan Sri Mohd Nizam Jaafar ketika hadir pada Program Ruang Bicara 'Perjanjian Damai KL: Keamanan Melangkaui Sempadan' di Wisma Bernama, Kuala Lumpur, malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pasukan Pemerhati ASEAN (AOT) akan memainkan peranan penting dalam memantau dan memastikan kejayaan pelan damai yang dimeterai antara Thailand dan Kemboja, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Mohd Nizam Jaffar.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Beliau berkata AOT yang dianggotai tentera dari negara-negara ASEAN, ditubuhkan secara rasmi melalui Perjanjian Damai Kuala Lumpur dan dipertanggungjawabkan untuk memastikan kedua-dua negara melaksanakan sepenuhnya empat pelan tindakan yang telah dipersetujui bagi meredakan krisis sempadan di antara kedua-dua negara berkenaan.
"Mereka kini mempunyai empat pelan tindakan utama yang perlu dilaksanakan iaitu menggerakkan semula senjata-senjata berat ke kedudukan asal, memastikan kerja-kerja nyah-periuk api dilaksanakan sepenuhnya, memindahkan pusat aktiviti penipuan di Kemboja dan memastikan misi kemanusiaan dijalankan.
"Keempat-empat pelan perlu dilaksanakan, baharulah Thailand akan melepaskan 18 tahanan pihak Kemboja yang ada pada mereka ketika ini," katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di sini malam tadi.
Perjanjian Damai Kuala Lumpur ditandatangani oleh Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dengan disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada 26 Okt lepas.
Mohd Nizam berkata AOT adalah kesinambungan daripada Pasukan Pemerhati Interim (IOT) yang ditubuhkan lebih awal bagi memantau gencatan senjata di peringkat awal, yang akan menambah keanggotaan pasukan tentera negara ASEAN di kedua-dua negara itu.
Beliau berkata menerusi AOT negara-negara ASEAN akan menempatkan 16 anggota di Thailand dan 16 lagi di Kemboja.
"Kami menunggu jawapan untuk penambahan anggota daripada negara yang turut terlibat seperti Filipina, Indonesia, Singapura, Brunei," katanya.
Beliau berkata satu cabaran besar bagi pengerusi ASEAN yang akan diambil alih oleh Filipina pada tahun hadapan untuk memastikan kedua-dua negara itu mematuhi pelan damai yang telah dirangka.
Mohd Nizam berkata kedua-dua negara perlu mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi sebelum melaksanakan langkah-langkah yang dipersetujui kerana pergerakan semula senjata berat ke belakang akan menyebabkan sempadan masing-masing terdedah kepada ancaman.
Menurut Mohd Nizam, usaha menghapuskan periuk api di kawasan sempadan pula dijangka mengambil masa yang panjang kerana kedua negara perlu terlebih dahulu bersetuju mengenai sektor yang akan dibersihkan sebelum proses nyah-periuk api dapat dimulakan.
"Sehingga kerja pembersihan periuk api selesai sepenuhnya, proses persempadanan semula kawasan sempadan dua negara itu yang menjadi antara punca pertelingkahan, tidak akan dapat dilaksanakan," katanya.
Thailand dan Kemboja sudah lama terlibat dalam pertikaian berlarutan membabitkan kawasan sempadan sepanjang 817 kilometer, dengan ketegangan terbaru mencetuskan konfrontasi ketenteraan pada 24 Julai lepas.
Pada 28 Julai lepas, Anwar menganjurkan mesyuarat di Putrajaya antara Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai yang berjaya meredakan ketegangan di sepanjang sempadan kedua-dua negara melalui persetujuan untuk melaksanakan gencatan senjata.
Gencatan senjata itu, yang disifatkan sebagai satu pencapaian besar ASEAN, berjaya menghalang peningkatan konflik ketenteraan dan menjamin keselamatan ribuan orang awam.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyatakan bahawa Pasukan Pemerhati ASEAN (AOT) memainkan peranan penting dalam memantau dan memastikan pelan damai antara Thailand dan Kemboja dilaksanakan dengan berkesan.
- AOT mengawasi empat pelan tindakan utama termasuk pemindahan senjata berat, kerja-kerja nyah-periuk api, pemindahan pusat penipuan, dan pelaksanaan misi kemanusiaan untuk memastikan pembebasan 18 tahanan pihak Kemboja oleh Thailand.
- Pengerusi ASEAN yang akan diambil alih oleh Filipina akan menghadapi cabaran besar dalam memastikan kedua-dua negara mematuhi pelan damai yang telah dirangka.
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Beliau berkata AOT yang dianggotai tentera dari negara-negara ASEAN, ditubuhkan secara rasmi melalui Perjanjian Damai Kuala Lumpur dan dipertanggungjawabkan untuk memastikan kedua-dua negara melaksanakan sepenuhnya empat pelan tindakan yang telah dipersetujui bagi meredakan krisis sempadan di antara kedua-dua negara berkenaan.
"Mereka kini mempunyai empat pelan tindakan utama yang perlu dilaksanakan iaitu menggerakkan semula senjata-senjata berat ke kedudukan asal, memastikan kerja-kerja nyah-periuk api dilaksanakan sepenuhnya, memindahkan pusat aktiviti penipuan di Kemboja dan memastikan misi kemanusiaan dijalankan.
"Keempat-empat pelan perlu dilaksanakan, baharulah Thailand akan melepaskan 18 tahanan pihak Kemboja yang ada pada mereka ketika ini," katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di sini malam tadi.
Perjanjian Damai Kuala Lumpur ditandatangani oleh Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dengan disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada 26 Okt lepas.
Mohd Nizam berkata AOT adalah kesinambungan daripada Pasukan Pemerhati Interim (IOT) yang ditubuhkan lebih awal bagi memantau gencatan senjata di peringkat awal, yang akan menambah keanggotaan pasukan tentera negara ASEAN di kedua-dua negara itu.
Beliau berkata menerusi AOT negara-negara ASEAN akan menempatkan 16 anggota di Thailand dan 16 lagi di Kemboja.
"Kami menunggu jawapan untuk penambahan anggota daripada negara yang turut terlibat seperti Filipina, Indonesia, Singapura, Brunei," katanya.
Beliau berkata satu cabaran besar bagi pengerusi ASEAN yang akan diambil alih oleh Filipina pada tahun hadapan untuk memastikan kedua-dua negara itu mematuhi pelan damai yang telah dirangka.
Mohd Nizam berkata kedua-dua negara perlu mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi sebelum melaksanakan langkah-langkah yang dipersetujui kerana pergerakan semula senjata berat ke belakang akan menyebabkan sempadan masing-masing terdedah kepada ancaman.
Menurut Mohd Nizam, usaha menghapuskan periuk api di kawasan sempadan pula dijangka mengambil masa yang panjang kerana kedua negara perlu terlebih dahulu bersetuju mengenai sektor yang akan dibersihkan sebelum proses nyah-periuk api dapat dimulakan.
"Sehingga kerja pembersihan periuk api selesai sepenuhnya, proses persempadanan semula kawasan sempadan dua negara itu yang menjadi antara punca pertelingkahan, tidak akan dapat dilaksanakan," katanya.
Thailand dan Kemboja sudah lama terlibat dalam pertikaian berlarutan membabitkan kawasan sempadan sepanjang 817 kilometer, dengan ketegangan terbaru mencetuskan konfrontasi ketenteraan pada 24 Julai lepas.
Pada 28 Julai lepas, Anwar menganjurkan mesyuarat di Putrajaya antara Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai yang berjaya meredakan ketegangan di sepanjang sempadan kedua-dua negara melalui persetujuan untuk melaksanakan gencatan senjata.
Gencatan senjata itu, yang disifatkan sebagai satu pencapaian besar ASEAN, berjaya menghalang peningkatan konflik ketenteraan dan menjamin keselamatan ribuan orang awam.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa peranan Pasukan Pemerhati ASEAN (AOT) dalam krisis sempadan antara Thailand dan Kemboja?
A: AOT memainkan peranan penting dalam memantau dan memastikan pelan damai dilaksanakan dengan sepenuhnya. - Q: Berapa jumlah anggota pasukan tentera negara ASEAN yang akan ditempatkan di Thailand dan Kemboja menerusi AOT?
A: Negara ASEAN akan menempatkan 16 anggota di Thailand dan 16 lagi di Kemboja menerusi AOT. - Q: Apakah cabaran yang dihadapi pengerusi ASEAN yang akan diambil alih oleh Filipina dalam penyelesaian krisis sempadan ini?
A: Cabaran utama adalah memastikan kedua-dua negara mematuhi pelan damai yang telah dirangka bagi mengelakkan ketegangan berlarutan.